Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,

Puisi
 

Lipat kain lipat empat,
     Lipat balik punca sedia;
Cari lain haram tak dapat,
     Balik juga orang tak setia.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Laksana barang derham,
     sedia ada suratan Istanbul.

Bermaksud :

Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Rakyat tempatan sedia berkhidmat, Dekat jauh segera datang; Chan menyelia operasi penyelamat, Di hutan tebal gunung jurang.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Kelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Lipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lipatlah kain lipat baju, Lipatlah surat di dalam puan; Sedia air menjadibatu, Baru kulupa kepadamu tuan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buluh diukir orang Penan, Bawa dijual pekan Marudi; Emak di rumah sedia makanan, Bapa kenyang di kedai judi.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tasik puteri telaga indah, Di sana budak menjala sepat; Adik berjanji sedia menikah, Bila tidak ditimpa laknat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Encik Hamid belayar ke Jawa, Buah jerap masak merekah; Tabir langit sudah sedia, Malam besok abang nak nikah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Hari ini hari Arbaª, Besok hari Khamis; Segala ingat segala qadaª, Malaikat Katibin sedia menulis.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kanang-kanang berisi manik, Manik bersunting si bunga padi; Tuan datang silakan naik, Sedia air pembasuh kaki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas