Selama belatuk mati bini, Banyaklah enggang dilibasnya; Selama beruk jadi kerani, Banyaklah orang diperasnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama puntung tidak bernyala, Banyaklah periuk tidak diangkat; Selama lotong tidak menjala, Banyaklah beruk turun memukat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama pasu berantai tali, Banyaklah gelang berjela-jela; Selama si bisu pandai bernyanyi, Banyaklah orang tergila-gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama memasang lantai perahu, Banyaklah ketam lata melata; Selama musang pandai merayu, Banyaklah ayam nan jatuh cinta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama tumbuk lantak kolek, Habislah tiris tiang-tiangnya; Selama beruk pandai bersolek, Habislah gadis dipinang-pinangnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama dapat kuini muda, Tidak berbau buah mempelam; Selama mendapat bini muda, Tidak mahu lagi keluar malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama tidak berperigi lagi, Punai merbah tercari-cari; Selama tidak bergigi lagi, Petai dikunyah pandai menari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Selama badak memakai baju, Payahlah orang mencari kemeja; Selama budak bercerai susu, Ayahnya datang menggantikannya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama merpati menggoda lalat, Banyaklah ulat memberi petuah; Selama menteri gilakan pangkat Banyaklah umat mati terlapah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Selama merpati kena jerat, Banyaklah lalat berasa pilu; Selama menteri gila menjilat, Banyak umat yang kena tipu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |