Sesak nafas kerana jerebu, Nafas semput tidak terperi; Hujan kuimpi matahari kurindu, Inginku lihat langit berseri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Yang parit airnya tenang, Yang laut ombaknya besar; Orang semput bawa berlapang, Orang kalut bawa bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang ketika surut; Jauh dekat datanglah bala, Bala datang nyawa pun semput. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ada malangnya membeli gula, Gula lekas dikerumuni semut; Ada malangnya berlaki tua, Bekerja keras nafas pun semput. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |