Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Si tangkai padi si tangkai lada, Selasih di dalam puan; Sampai mati sampai kurasa, Setengah kasih ditinggalnya tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak meranting tangkai mempelam, Banyaklah rotan tumbuh di padang; Sejak kucing pandai menyelam, Banyaklah ikan menempah pedang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak tumbuh tangkai ketari, Banyaklah pasu yang bernyanyi; Sejak si lumpuh pandai menari, Banyak si bisu yang menyanyi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kerak hijau di cabang pauh, Turun merentas di tangkai padi; Makin ditinjau makin jauh, Berasa nak rentas si tangkai hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Elok menebang batang lapuk, Tangkai digoyang patah; Elok memandang orang nak capuk, Capuknya bagai intan ditatah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Lain kembang lain tangkainya, Tangkai lapuk bunga pun gugur; Lain orang lain perangainya, Perangai buruk nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Buah bacang masak di tangkai, Hujan ribut jatuh melayang; Saya dagang tidak terpakai, Bagai melukut di tepi gantang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Besar dan kecil berbau wangi, Tangkai dilurut jangan mematah; Benar dan adil di situ berdiri, Sesuai menurut Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |