Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ten.tu] | تنتو

Definisi : 1. sudah tetap, tidak berubah-ubah, pasti, teratur: belum ~ dia datang hari ini; bas itu tidak ~ tibanya, adakala lambat adakala cepat; 2. sudah tidak ragu-ragu lagi, sudah ketara (ketahuan) benar, tidak syak lagi, jelas, nyata, terang: ~lah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza; 3. tidak boleh tidak, mesti, nescaya, pasti: ~ mereka akan bersusah hati apabila mendengar berita kemalangan itu; bertentu 1. sl sudah tentu (ketahuan, pasti, tentu, tetap): setelah ~lah segala menteri dan hulubalang, maka Maharaja Balikasha pun kararlah dlm negeri Biru Hasha Purwa; 2. sl yg ditetapkan (dipersetujui): jika lambat dr empat bulan kita datang, hendaklah Bendahara menyuruh orang yg ~ pergi mendapatkan kita; 3. berbincang atau bermesyuarat utk menetapkan sesuatu, berunding: Wan Abdul Rahman pergi ke Singapura ~ dgn beberapa orang saudagar; bertentu-tentu jelas-jelas, nyata-nyata, terang-terang; bertentukan sl mengambil tahu (peduli) akan, mengatur, menyusun (supaya elok): setelah sudah berhimpunlah segala rakyat maka Maharaja Balikasha pun berbaiki negeri Biru Hasya Purwa dan ~ segala rakyat; menentu; tidak ~ tidak keruan (teratur, tetap, dll), tidak tentu; menentui Mn 1. memeriksa (supaya ke-tahuan), mengusut, menyelidiki; 2. menanyakan (bagaimana halnya dll), mengambil tahu: ~ nasib anak buahnya; 3. pergi menengok (orang sakit dll), menjenguk; 4. menyelesaikan (hutang), menjelaskan; menentukan 1. menetapkan, memastikan: sudah ditentukan demikian oleh Tuhan; 2. memberi kepastian (keputusan), memutuskan: dia tidak pernah dibawa mesyuarat dlm hal ~ siapa yg akan menjadi jodohnya; 3. memberi tafsiran (makna tentang sesuatu), memberi definisi, mentakrifkan: setiap simbol yg digunakan dlm kamus hendaklah ditentu­kan maksudnya; 4. membuat kesimpulan, membuat keputusan drpd: kita tidak mem­punyai bukti yg cukup utk ~ dia yg bersalah; 5. memberi keterangan yg tentu, menerang­kan, mengesahkan: jikalau orang itu gempar kehilangan kerbaunya, katakan aku tahu bertenung ~ di mana tempat kerbau itu berada; 6. mewajibkan, memestikan: adapun mualim darat itu telah ditentukan membawa kapal itu masuk dgn selamatnya ke Judah, dibayar empat puluh ringgit; 7. menguruskan (supaya sempurna), mengaturkan: dia pergi berunding dgn kapten-kapten kapal lainnya di Halifax utk ~ acara-acara pelayaran kami; tertentu 1. sudah ditentukan, sudah tentu (pasti, nyata, terang): polis mem­punyai tugas yg ~ dlm masyarakat; 2. utk menyatakan sesuatu yg tidak disebut­kan namanya (tempat-nya dll): ada golongan-golongan ~ yg mahu mem­ecah-belahkan rakyat; ketentuan 1. sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan, keputusan yg muktamad, ketetap-an: sbg hasil drpd perjanjian tersebut satu ~ harga tetap bagi lada hitam telah diper-setujui; 2. sesuatu yg sudah tentu (tidak diragu-ragukan lagi), kepastian: dia mahu meminjam wang itu kalau ada ~ labanya; 3. tentu atau tetap (tidak berubah-ubah), ber­aturan: kau Lamit orang muda, makan minum tidak ~, sebab itu bukankah baik berumah tangga; berketentuan; tidak ~ a) tidak ada ke­ten­tuannya, tidak mendapat sebarang keputus­an, tidak ada kepastian: rundingan kita tadi tidak ~ lagi; b) tidak teratur (tentu), tidak keruan, berkecamuk: buku-buku tidak ~; ketidaktentuan perihal (keadaan dsb) yg tidak tentu, ketidakpastian: ini adalah suatu gambaran tentang adanya ~ cuaca atau suasana alam; penentuan perihal menentukan, penetapan, pemastian: orang masuk syurga atau neraka adalah ~ drpd Tuhan; penentu yg menentukan: Allah sbg Pencipta dan P~ segala kejadian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ten.tu] | تنتو

Definisi : 1 tidak berubah-ubah; sudah pasti; sudah tetap: Belum ~ dia akan datang. 2 tidak ragu-ragu lagi; mesti: ~ mereka gembira apabila mendengar berita itu. menentu; tidak ~ tidak teratur atau tidak tetap; tidak tentu. menentukan 1 menyatakan dgn tentu atau dgn pasti; memastikan; menetapkan: Tiada sesiapa yg dpt ~ bila ia akan sampai di sini. 2 mengambil keputusan atau ketetapan (dlm sesuatu perkara); memutuskan: Bagindalah yg ~ siapa yg patut menduduki takhta negeri Melaka. tertentu 1 sudah ditentukan atau ditetapkan: Masing-masing menjalankan tugas ~. 2 kata utk menyatakan sesuatu hal atau tempat yg tidak disebut namanya: Ada golongan ~ yg menyokong gerakan sulit itu. ke­tentuan sesuatu perkara yg sudah ditentukan; ketetapan. berketentuan ada ketentuannya; ada ketetapannya. penentuan perbuatan atau hal me­nentukan. penentu sesuatu atau sese­orang yg menentukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tentu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,

2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak ragu-ragu lagi,

3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,

Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu,

Puisi
 

Dua negeri sedang berperang,
     Belum tentu saya berjaya;
Berapalah tajam pisau dan parang,
     Tajamlah lagi mulut manusia.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Tidak tentu kalang tumpuan,
     tidak tentu kalang batang.

Bermaksud :

Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.

 

Lihat selanjutnya...(95)

178

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bapa borek anaknya tentu rintik

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bapa borek anaknya tentu rintik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(61)

Pantun

PantunSumberTema
Layarkan biduk laju-laju, Berlabuh tentang ulak karang; Tinggalkan anak tentu-tentu, Jangan pengejut ayam orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Yang bermulut tentu berbunyi, Yang bermata tentu memandang; Orang pencarut perlu dijauhi, Orang pendusta perlu dibuang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang bersampan tentu berdayung, Yang berbiduk tentu bergalah; Orang beriman perlu disanjung, Orang perajuk perlu disergah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang rokok tentu dihisap, Untuk melepas rasa tagihnya; Sedang seronok mahu mendekap, Kentut terlepas patah hatinya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang lambat tentu terlambat, Hendak berlari kaki pengkar; Jambang lebat bulu pun lebat, Banyaklah isteri lari gementarKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang ayam tentu berparuh, Kaki bersisik jari bercakar; Siang malam aku mengeluh, Menanti adik memberi khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang pinang tentu berkacip, Kacip bongok kepala emas; Abang datang mengadu nasib, Nasib elok cinta berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tentu batangnya tampak lurus, Kerana kayunya sudah dibuang; Tentu abang tak nampak kurus, Kita bertemu sakitku hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalaulah tentu galak akarnya, Terbanglah lakum sependek-pendeknya; Kalaulah tentu salah benarnya, Timbanglah laku sebaik-baiknya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Belum tentu padinya awak, Sudah direntang tali jemuran; Belum tentu lakinya awak, Sudah dipandang cemburuan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910...

Kembali ke atas