Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : penutup makanan (drpd pandan dll) supaya jangan dihinggapi lalat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : penutup makanan yg dibuat drpd mengkuang dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tudung (kata nama)
1. Bersinonim dengan tutup: penutup, sungkup, penyungkup, sahap,

2. Bersinonim dengan selendang: kerubung, purdah, mini telekung, kelumbung, selubung, selayah, layah, burka, berguk, merguk, cedak, undung-undung, tukup, tutup kepala, skarf,

Kata Terbitan : bertudung, menudung, menudungi, tertudung,

Puisi
 

Apa nak sesal kepada tudung,
     Tudung saji terendak Bentan;
Apa diharap kepada untung,
     Untung tidak serupa badan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Apa harap kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apa nak sesal kepada tudung, Tudung saji terendak Bentan; Apa diharap kepada untung, Untung tidak serupa badan.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Tudung bukan sebarang tudung, Tudung saji sudah terbilang; Untung bukan sebarang untung, Untung berbudi nama dikenang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tudung saji berkain sutera, Dibawa untuk hidangan sultan; Hidupku ini makin sengsara, Kerana terbujuk rayuan tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tudung saji dari seberang, Bawa belayar sebulan suntuk; Hidup mati janji dipegang, Siapa ingkar dimakan kutuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tudung saji dari seberang, Dibawa budak mencari serai; Untung sekali janji dipegang, Bila tidak kita bercerai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tudung saji dibawa orang, Kerana banyak kuih juadah; Untung sekali kakanda datang, Bila tidak kasih berpindah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tudung saji penutup hidang, Dibawa orang ke hulu kampung; Untung rugi nasib pun malang, Kerana kurang tahu berhitung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Tudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
12

Kembali ke atas