Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öu.zur]/[u.zur] | عذور

Definisi : 1. lemah badan, berpenyakitan, sakit: ia tidak dapat berjalan kerana ~; orang tua ~ orang yg sudah tua dan tidak berdaya bekerja berat (selalu sakit-sakit); 2. sesuatu yg menyebabkan tidak dapat bekerja (berjalan dll), aral, halangan: kalau tidak ~, saya akan datang juga; 3. ki a) datang bulan, haid; b) mengandung, hamil; 4. ki, bp terlalu buruk keadaannya (barang-barang), hampir tidak boleh dipakai lagi: jala abang ini telah ~ benar, hendak digantikan dgn yg baharu, tidak ada modal pula; ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajiban dsb;menguzurkan membuat halangan, meng-halangkan (diri); jangan hendaknya encik ~ diri jangan hendaknya encik berhalangan; keuzuran perihal uzur: kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öu.zur]/[u.zur] | عذور

Definisi : 1 sesuatu yg menyebabkan seseorang tidak dpt bekerja (berjalan dll); aral: Kalau tidak ada ~, lusa saya akan ke Singapura. 2 lemah badan; sakit: Badannya sudah ~. 3 ki datang bulan atau haid: Ia tidak boleh bersembahyang kerana ~. 4 ki mengandung; hamil. ~ syarii uzur yg dibenarkan oleh syarak dlm melakukan sesuatu ibadah, kewajipan dsb. menguzurkan mengadakan halangan (utk tidak ikut serta): ~ diri. keuzuran keadaan atau hal uzur: ~nya menyebabkan dia bersara awal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uzur (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit: berpenyakit, gering, terlalu tua,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan aral: halangan, rintangan, gendala,

3. Bersinonim dengan datang bulan: datang kotor, datang haid, sakit bulanan,

4. Bersinonim dengan usang: buruk, lama, lapuk, lasam, terlalu tua,

Kata Terbitan : menguzurkan, keuzuran,

Peribahasa

Nan jauh tak terjelang,
     nan dekat tak tertandangi.

Bermaksud :

Sudah terlalu uzur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Ukur bukan sebarang ukur, Ukur membuat baju baru; Uzur bukan sebarang uzur, Uzur melihat ketiak berbuluKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ukur bukan sebarang ukur, Umurnya elok selalu sama; Uzur bukan sebarang uzur, Uzur menengok bulu dada.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sampan jalur tembuk di ternpat, Tembuk kerana melantak tonggak; Badanlah uzur bongkok berlipat, Menengok betina terlonjak-lonjak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas