Kurik Kundi Merah Saga | Kain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baldu dari Makasar, Halusnya tiada dapat ditenun; Laut madu sungai bersakar, Dahaganya tiada dapat diminum. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain baldu bersulam tangan, Sulam sutera cara lama; Hati rindu banyak kenangan, Ingatkan cerita zaman lama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Siti menyulam bunga, Kain baldu disulam kelingkan; Sudah didapati tidak berguna, Kenapa tak mahu tuan lepaskan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Aishah rambut kerinting, Memakai baju kain baldu; Hati susah bertambah runsing, Kepada siapa hendak mengadu? |