Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDalam padi ada kaca, Nampak putih bunga keduduk; Nak buat apa bersanggul caca, Indah lagi bersanggul duduk.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis.
Kurik Kundi Merah SagaLang putih terbang ke kubur, Kembang bunga waktu pagi; Adik putih bangun tidur, Macam bunga kembang pagi.
Kurik Kundi Merah SagaPutih rupanya bunga kecubung, Anak buaya mati di pantai; Hajat hati nak peluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaBunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan.
Kurik Kundi Merah SagaApa putih di tengah laut? Anak Cina menangguk udang; Apa putih di tengah rambut? Bunga cina baru nak kembang.
Kurik Kundi Merah SagaNasi kuning semangkuk sabun, Mari jamu Raja Cina; Putih kuning bunga di kebun, Kembang sekuntum orang yang punya.
Kurik Kundi Merah SagaApa putih di tengah laut, Ruku-ruku tanaman Cina; Apa putih di tengah rambut, Telur kutu disangka bunga.
Kurik Kundi Merah SagaCempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima.
Kurik Kundi Merah SagaCik Putih menanam cempedak, Lebat daun bunga tiada; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun dikenang jua.
12

Kembali ke atas