Kurik Kundi Merah Saga | Cik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan; Begini lama senjata kubawa, Belum jejas daging di badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang belatuk raja burung, Hinggap di atas pokok selasih; Lama sudah dendam berkurung, Belum bertemu pada kekasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bulan purnama indah mengambang, Nampak dari Tanjung Bidara; Sudah lama saya berdagang, Mencari lain belum berjumpa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Si kuyong burung pipit, Terbang anak tiung lampai; Mentelah lama menaruh sakit, Tegal dek ajal belum sampai. |