Kurik Kundi Merah Saga | Yang seorang tidak bersampan, Sampan ada tebing seberang; Hendak berkawan tidak berkawan, Kawan sudah diambil orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berkawan melayang ke kuala, Hinggap mari di dahan duku; Manakala dikenang hatiku gila, Cintakan puteri belahan jiwaku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang gunduk berkawan tiga, Mari makan padi di laman; Jangan dipujuk kasih adinda, Saya berbalik ke kampung laman. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terbang burung berkawan-kawan, Hinggap mari tepi sempadan; Ayam togel kalau dilawan, Sia-sia ilmu di badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kedemat burung kedamat, Hendak berkawan burung geroda; Kalau badan hendak selamat, Baik berguru ayah dan bonda. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung punai terbang ke hulu, Berkawan melayang ke kuala; Tak dapat dikenang zaman dulu, Bila dikenang hatiku gila. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak jadi padi Terengganu, Anak denak berkawan tiga; Tak jadi dengan cik anu, Hari besok berbesan juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung kedidi terbang ke pantai, Terbang mari berkawan-kawan; Ingin nak petik buah di tangkai, Takut pula rosak sedahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan sepat mudik ke hulu, Lumba-lumba mudik berkawan; Saya berhajat dari dahulu, Hendak berlumba denganmu tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ikan puput di tengah muara, Si jarang gigi timbul berkawan; Malang hidup tiada saudara, Kalau sudi terimalah tuan. |