Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga tanjung putih berseri, Ambil dibubuh dalam puan; Rumah saya tuan tak mahu pergi, Boleh kita jumpa di jalan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Awan berarak putih berseri, Hilang di balik awan petang; Bukan kepalang resah di hati, Kerana kekasih dilarikan orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi? |
Kurik Kundi Merah Saga | Gelang-gelang si paku gelang, Gelang dari berseri rama; Pulang abang pulang, Pulang kita bersama-sama. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berperang dalam negeri, Negeri bernama Inderagiri; Mandi berlimau panau berseri, Hendak memikat tuan puteri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuda hitam silanya hitam, Pacu anak Raja Deli; Tuan umpama intan manikam, Cahaya naik berseri-seri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan mendaki bukit, Bukit didaki terlalu tinggi; Sungguh cantik bulan terbit, Ada bintang baru berseri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berani sungguh anak tupai, Korek kelapa tengah hari; Sungguh wangi bunga rampai, Taruh kepala tidak berseri. |