Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu tentang sesuatu, meminta keterangan (penjelasan dll): maka ia ~lah khabar ibu dan saudaranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.nya] | برتاڽ

Definisi : meminta supaya diberitahu ttg sesuatu perkara; meminta keterangan atau penjelasan ttg sesuatu: Kalau tidak tahu, baik ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanya (kata kerja)
1. Bersinonim dengan soal: siasat, selidik, kaji,
Berantonim dengan jawab

2. Bersinonim dengan tanya jawab: soal jawab, temu ramah, wawancara, temu bual,

Kata Terbitan : bertanya, menanya, menanyakan, tertanya-tanya, pertanyaan, penanya,

Puisi
 

Naik ke bukit bertanya anjung,
     Buat tanam pisang baka;
Kandar sirih sembilan junjung,
     Nak meminang anak pusaka.


Lihat selanjutnya...(33)
Peribahasa

Segan bertanya sesat jalan.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHisap rokok tembakau Jawa, Asap keluar berbunga-bunga; Tumpang bertanya si baju kasa, Tumpang bertanya siapa nama.
Kurik Kundi Merah SagaNaik ke bukit bertanya anjung, Buat tanam pisang baka; Kandar sirih sembilan junjung, Nak meminang anak pusaka.
Kurik Kundi Merah SagaLotong-lotong bunyi rebana, Layang-layang talinya benang; Kami bertanya pada kakanda, Langit bergantung mana talinya?
Kurik Kundi Merah SagaSakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari?
Kurik Kundi Merah SagaKocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu.
Kurik Kundi Merah SagaMandi sudah berenang pun sudah, Pergi ke kebun menggali ubi; Bertanya sudah meminang pun sudah, Barulah kita ke rumah tuk kadi.
Kurik Kundi Merah SagaRumah kecil bertangga lima, Pakai menyalai ikan khasi; Pandang kecil tumpang bertanya, Berapa harga intan di sini?
Kurik Kundi Merah SagaLayong-layong bunyi rebana, Gelaga batu mana isinya; Jika tahu sindir bertanya, Langit bergantung mana talinya?
Kurik Kundi Merah SagaSirih saya sirih Cina, Sirih datang dari Kuantan; Cincin saya cincin bertanya, Ada tidak menaruh intan.
Kurik Kundi Merah SagaKeris saya keris sempena, Pakaian anak raja Kelantan; Sirih saya datang bertanya, Ada tidak menaruh intan.
1234

Kembali ke atas