| Kurik Kundi Merah Saga | Buah labu si buah labu, Banyak tumbuh di dalambatang; Mulut manis seperti madu, Tidaklah tahu lidah bercabang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah manggis pokoknya rendang, Panjat mari pakai tangga; Mulut manis hati bimbang, Takut tak sampai bagai diduga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Buah cempaka digoyang ribut, Jatuh mari Laut Semarang; Di mulut naga abang kurebut, Inikan pula di tangan orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Limau manis buah papaya, Bunga selasih ditiup angin; Mulut manis kepada saya, Hati kasih kepada yang lain. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Alang manis buah rambut, Dalam seikat masak sebiji; Alang manis senyuman mulut, Dalam kampung payah kucari. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dua kali landak memanah, Terkena pula buah durian; Dua kali turun ke tanah, Bertemu mulut kita janjian. |