Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? |

Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk tepi perigi, Budak-budak kesat belanga; Hari ni saya pergi, Tunggu tuan di taman bunga. |

Kurik Kundi Merah Saga | Sayang senduduk pengail talang, Kain buruk kami tapiskan; Tersentak tidur tengah malam, Bantal peluk saya tangiskan. |

Kurik Kundi Merah Saga | Tudung periuk pandai menari, Buatan orang Melaka; Kain buruk berikan kami, Akan pemalit si air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi naik ke darat, Kerana hendak membasuh kain; Buruk besi kerana karat, Hina manusia kerana miskin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung periuk pandai menari, Dia menari atas geta; Kain buruk campak ke mari, Saya nak menyapu air mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain buruk dalam besen, Buat membungkus kulit belulang; Saya buruk lagi miskin, Manalah hendak dipeduli orang. |