Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat raginya dua, Disandang orang pergi mengail; Awang bangsat hati penghiba, Di tanah Kelang nan kekal.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat lipat empat, Mari letak atas peti; Mana saya tidak lompat, Minta kena pada hati.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat kepala dua, Jahit dengan benang masturi; Sudah berpakat kita berdua, Cakap orang jangan peduli.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat dari Jawa, Mari dijahit benang sutera; Sudah berikat kita berdua, Sabarlah dulu menanti masa.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat belum berjahit, Menanti jarum dari Melaka; Kami berduka belum baik, Menanti ubat dari kakanda.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat belah dua, Mari pakai Raja Zahari; Adik dekat janda ada, Yang mana hendak dicari.
Kurik Kundi Merah SagaKain pelikat mukanya dua, Mari kait benang berduri; Sudah bertekad kita berdua, Orang lain jangan peduli.
1234

Kembali ke atas