Kurik Kundi Merah Saga | Sudah ikat baru sembelih, Masak berempah isi kepalanya; Intan manikam cari boleh, Payah jumpa kilat cahayanya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hutan melarat dimakan api, Pokok ditanam habis mati; Intan manikam mahligai hati, Kalau hilang payah berganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lang Buana mengait ciku, Gugur sebiji ke Majapahit; Hilang warna manikam biru, Terkena sinar intan yang baik. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuda hitam sila hitam, Pakai anak Inderagiri; Tuan umpama intan manikam, Cahaya melimpah dalam negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kuda hitam silanya hitam, Pacu anak Raja Deli; Tuan umpama intan manikam, Cahaya naik berseri-seri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah pulut di tepi kota, Buah dipetik sehari-hari; Cukup hairan hati saya, Intan manikam jadi sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berjalan pagi hari, Anak raja mati tertikam; Bawa andang suluh negeri, Di mana ada intan manikam. |