Kurik Kundi Merah Saga | Bukan asam sebarang asam, Asam melilit di tanah raja; Bukan masam sebarang masam, Masam sebelum ditegur sapa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Celagi manis celagi masam, Buah kelapa atas pintu; Sekali manis sekali masam, Zaman sekarang tidak begitu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau kutahu masam mengkuang, Ambillah garam dan cabai; Kalau kutahu kekasih orang, Kuambil pedang membunuh diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah bacang sebiji bulat, Belum hiris masam dulu; Tuan pergi kukirim surat, Belum baca menangis dulu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina membuat kebun, Buat pagar bersilang tiga; Buah masam buah di dusun, Buat jeruk dimakan juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang melilit di tanah rata, Ambil dimasak bersama timun; Dia masam sebelum ditegur, Bila ditegur dia tersenyum. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gelugu pakai papan, Buah pauh di atas para; Nak tegur mukanya masam, Dia sudah marahkan saya. |