| Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Mangkuk berisi bunga pinang; Hendak masuk kuberi masuk, Hendak masuk belanja tunang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dua bertanduk bertiang tiga, Dari masuk berkunci tiada; Bulan masuk matahari gila, Abang diharap dipandang tiada. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Kaduk Ulu Telemu, Singgah menanak Batali; Saya tak masuk kerana ilmu, Saya masuk kerana janji. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang matahari masuk, Banyak orang jual berangan; Jerat dipasang burung tak masuk, Burung biasa makan di tangan. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Empat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Masuk ke hutan memotong gelam, Hendak membuat panggang para; Muatan sarat belayar belum, Baru bertiup angin utara. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Masuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Masuk ke hutan memotong gelam, Hendak membuat panggang para; Muatan sarat belayar belum, Baru bertiup angin utara. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Masuk menyembah jari bersusun, Raja di baruh baru menyembah; Kalau tak manis buah di dusun, Tidak kumahu makan buah. |