Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Berburu tidak mengejar pun tidak,
     Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
     Sesat tak tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaIkan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau.
Kurik Kundi Merah SagaBerburu tidak mengejar pun tidak, Hendak masuk ke dalam hutan; Berguru tidak belajar pun tidak, Sesat tak tahu cara Islam.
Kurik Kundi Merah SagaPutik nangka bertupa-tupa, Burung belatuk terbang meranting; Abang bawa balik bunga cempaka, Bawa masuk ke dalam gading.
Kurik Kundi Merah SagaJangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam.
Kurik Kundi Merah SagaMasuk ke hutan memotong gelam, Hendak membuat panggang para; Muatan sarat belayar belum, Baru bertiup angin utara.
Kurik Kundi Merah SagaMasuk ke hutan memotong gelam, Hendak membuat panggang para; Muatan sarat belayar belum, Baru bertiup angin utara.
Kurik Kundi Merah SagaMasuk ke hutan mencari rotan, Singgah berhenti keramat datuk; Begini garang jalak di medan, Dari mana datang berkokok.
Kurik Kundi Merah SagaDatuk Pangeran masuk ke Jambi, Naik ke darat memotong getah; Sangat hairan di hati kami, Hujan lebat tanah tak basah.
Kurik Kundi Merah SagaKalaulah pergi ke pekan Nyalas, Masuk ke balai membeli gelang; Kalau budi minta dibalas, Itulah budi tidak dikenang.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu.
123

Kembali ke atas