Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh; bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan; memimpikan 1. = bermimpikan bermim­pi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukan­bukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ ke-hormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasy-huran, dan cinta wanita; termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diper­oleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bin-tang yg lain pula; termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana ter­ingat-ingat atau terkenang-kenang akan se­suatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm inga­tan; termimpikan dimimpikan: satu ketika da-hulu, dia tidak pernah ~ hak ini; mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mus­tahil); impi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mim.pi] | ميمڤي

Definisi : 1 sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. bermimpi 1 melihat atau mengalami sesuatu dlm mimpi: Ia ~ bermandi-manda di sebuah sungai. 2 berangan-angan; berkhayal. memimpikan 1 bermimpi akan sesuatu. 2 mencita-citakan atau mengharapkan sesuatu (yg bukan-bukan): Ia selalu ~ kehidupan yg mewah. termimpi-mimpi 1 bermimpi kerana selalu teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu. 2 terbayang-bayang dlm ingatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mimpi (kata nama)
Bersinonim dengan igauan, sempena, angan-angan, khayalan, bayangan, imaginasi, fantasi, ilusi, halusinasi, maya, rasian;,
Kata Terbitan : bermimpi, memimpikan, termimpi-mimpi, mimpian,

Puisi
 

Semalam mimpi bulan,
     Mimpi nyiur patah tandan;
Semalam mimpi tuan,
     Mimpi beriba sebelah kanan.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Siang menjadi angan-angan,
     malam menjadi buah mimpi.

Bermaksud :

Tak pernah dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSemalam mimpi bulan, Mimpi nyiur patah tandan; Semalam mimpi tuan, Mimpi beriba sebelah kanan.
Kurik Kundi Merah SagaSemalam mimpi bulan, Mimpi nyiur patah tandan; Semalam mimpi tuan, Mimpi beriba sebelah kanan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung bintik disangka puyuh, Puyuh hinggap di ranting saja; Mimpi-mimpi disangka sungguh, Buka selimut seorang sahaja.
Kurik Kundi Merah SagaPisang kelat masak inti, Jatuh ke tanah makan semut; Tidur sekejap masuk mimpi, Mimpi bertukar kain selimut.
Kurik Kundi Merah SagaKalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi,tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Pahit lubuknya dalam, Ikan seluang mati bertuba; Mimpi baik saya semalam, Mimpi bulan jatuh di riba.
Kurik Kundi Merah SagaSungai Pahit lubuknya dalam, Ikan seluang mati bertuba; Mimpi baik saya semalam, Mimpi bulan jatuh di riba.
Kurik Kundi Merah SagaTengahlah malam mimpikan bulan, Mimpi dipagar bintang tujuh; Tengah malam mimpikan tuan, Mimpi bertukar kain di tubuh.
Kurik Kundi Merah SagaSemalam ada mimpiku tuan, Mimpi kelapa patah tandan; Semalam ada mimpiku tuan, Tuan kuriba sebelah tangan.
Kurik Kundi Merah SagaSemalam ada mimpiku tuan, Mimpi kelapa patah tandan; Semalam ada mimpiku tuan, Tuan kuriba sebelah tangan.
123

Kembali ke atas