Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pasak (kata nama)
Bersinonim dengan baji, sendal, tanggel, ganjal, sumbat, pantek;,
Kata Terbitan : memasak,

Puisi
 

Dari Pasak ke Pulau Pinang,
     Singgah sekejap di Teluk Lipat;
Jika teragak hendak meminang,
     Usah diharap hendak dapat.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Bermaksud :

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPatah pasak di dalam kemudi, Patah ruang ditimpa gelombang; Kalau tak dapat bertemu laki, Bulan terang sama dipandang.
Kurik Kundi Merah SagaDari Pasak ke Pulau Pinang, Singgah sekejap di Teluk Lipat; Jika teragak hendak meminang, Usah diharap hendak dapat.
Kurik Kundi Merah SagaTudung saji pasak ke timah, Buat penudung buah Melaka; Naik haji Makkah - Madinah, Nak buang segala dosa.
Kurik Kundi Merah SagaSampan kolek perahu Cina, Patah pasak pintu berkurung; Adik pergi jangan lama, Buah jatuh disambar burung.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Tinggi Terendak Cina, Patah pasak di muka kurung; Abang pergi janganlah lama, Buah masak diidam burung.
Kurik Kundi Merah SagaBuluh ditetak senjakala, Buat main pasak perahu; Pasang pelita senjakala, Satu makhluk tidak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaCik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu.
Kurik Kundi Merah SagaOrang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar.
Kurik Kundi Merah SagaRotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting.

Kembali ke atas