Kurik Kundi Merah Saga | Bubuh racun di dalam gelas, Kalau minum tentulah mabuk; Tuan terima dengan ikhlas, Boleh tidak saya nak masuk. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam siapa nampak rabun, Taji bisa macam racun; Sungguh songket bunga bertimbun, Bukan boleh tahan bertahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukit Embung Hulu Kuantan, Tempat buluh perindu; Minta racun saya nak makan, Saya tak tahan menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke teluk turun mandi, Turun mandi Kuala Kelantan; Racun bisa makan tak mati, Inikan pula mabuk santan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Embun menitis ke pohon mawar, Mawar biru berselang putih; Racun sudah jadi penawar, Hati yang rindu terpaut kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari petang memburu rusa, Jumpa rusa makan jerami; Tidak kupandang racun yang bisa, Penawar ada di tangan kami. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Kasa mandi di pekan, Burung kerijip berbunga menalu; Minta racun saya nak telan, Saya tak cekap menanggung malu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berbunyi mercun di tengah pekan, Anak angsa datang menyudu; Bagi racun saya nak makan, Tiada kuasa menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi petang siang malam, Tinggi rendah panjang lebar; Di luar pisang racun di dalam, Penawar mudah banyakkan sabar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sirih kuning pinang kedatun, Bawa mari rotan tawar; Putih kuning menjadi racun, Hitam manis menjadi penawar. |