Kurik Kundi Merah Saga | Suaranya riuh jatuh ke tanah, Jatuh ke tanah memakan padi; Bunyi guruh di dalam sawah, Apalah sebab hujan tak jadi? |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa benda bunyi riuh, Rupanya ada orang berperang; Dia baru mencapai pengayuh, Kita sudah sampai ke seberang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Betik manis buah papaya, Manis tidak dapat kulupa; Riuh rendah sorak ketawa, Saya seorang berdukacita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini. |
Kurik Kundi Merah Saga | Taruh baja di pangkal pokok, Semai bayam dengan bijinya; Riuh rendah ayam berkokok, Sehari sebiji nampak telurnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Makan tebu buku ditaruh, Buat ubat masuk cendawan; Bukit beradu gunung bertaruh, Riuh-rendah mambang di awan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telur itik baru menetas, Menetas atas peti; Hari baik bulan di atas, Riuh rendah menghibur hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang Cik Mamat pergi menuba, Ikan dituba habis mati; Orang dijemput sudahlah tiba, Riuh-rendah orang menanti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pasar membeli bayam, Bayam ada bercampur kangkung; Jangan diturut resmi ayam, Belum bertelur riuh sekampung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang menanam bayam, Buyung diisi di dalam loyang; Jangan diambil resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung. |