Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sedia (adjektif)
1. Bersinonim dengan memang ada: telah ada, terdapat, wujud,
Berantonim dengan tiada

2. Bersinonim dengan memang begitu: begitulah, sebenarnya, sesungguhnya, demikianlah, naam, itulah,
Berantonim dengan lain

3. Bersinonim dengan siap: mustaid, lengkap, jadi, boleh,
Berantonim dengan batal

4. Bersinonim dengan sanggup: rela, sudi, dapat, bisa, tidak keberatan, ambuh, embuh, mahu, suka, kasadu, ingin,
Berantonim dengan enggan

Kata Terbitan : sedianya, bersedia, menyediakan, tersedia, kesediaan, persediaan,

Puisi
 

Lipat kain lipat empat,
     Lipat balik punca sedia;
Cari lain haram tak dapat,
     Balik juga orang tak setia.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Laksana barang derham,
     sedia ada suratan Istanbul.

Bermaksud :

Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa. derham = wang, Istanbul = kota di negeri Turki.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam.
Kurik Kundi Merah SagaLipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia.
Kurik Kundi Merah SagaBeli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.
Kurik Kundi Merah SagaLipatlah kain lipat baju, Lipatlah surat di dalam puan; Sedia air menjadibatu, Baru kulupa kepadamu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Hamid belayar ke Jawa, Buah jerap masak merekah; Tabir langit sudah sedia, Malam besok abang nak nikah.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Arbaª, Besok hari Khamis; Segala ingat segala qadaª, Malaikat Katibin sedia menulis.
Kurik Kundi Merah SagaKanang-kanang berisi manik, Manik bersunting si bunga padi; Tuan datang silakan naik, Sedia air pembasuh kaki.
Kurik Kundi Merah SagaLangit biru apa tongkatnya? Bunga cempaka kembang biru; Hidup dunia apa hakikatnya? Pintu neraka sedia menunggu.
Kurik Kundi Merah SagaKerbau betina melenggang tanduk, Melenggang tanduk di pangkal titi; Anak teruna melenggang masuk, Anak dara sedia menanti.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyambar duri, Hinggap sekejap di kayu jati; Kasih sayang datang ke mari, Abang sudah sedia menanti.
12

Kembali ke atas