Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.ma] | سلاما

Definisi : 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.ma] | سلاما

Definisi : sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Puisi
 

Baik-baik jaga kemudi,
     Kita tahu pergi kuala;
Selama banyak kain berkodi,
     Songket di gedung jarang jumpa.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Selama enggang mengeram.

Bermaksud :

Lama sekali.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPokok senduduk baru berbunga, Daunnya habis dimakan babi; Selama hidup dalam dunia, Seribu tahun lautan mati.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik jaga kemudi, Kita tahu pergi kuala; Selama banyak kain berkodi, Songket di gedung jarang jumpa.
Kurik Kundi Merah SagaAnak angsa tepi perahu, Mari dipakai mengkuang duri; Selama ini baru kutahu, Cari makan lepaskan diri.
Kurik Kundi Merah SagaSayang serindit dadanya biru, Mati disumpit Raja Paiman; Selama teringat permatanya guru, Belum kujanji lepas di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaSayang serindit dadanya biru, Mati disumpit Raja Paiman; Selama teringat permatanya guru, Belum kujanji lepas di tangan.
Kurik Kundi Merah SagaAir panas sedang mendidih, Untuk dibuat air kopi; Selama ini hati adik sedih, Takut abang meninggal pergi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak kerbau mati tertambat, Mati tertambat di pohon bunga; Selama ini baru mendapat, Mendapat tuan bijak laksana.
Kurik Kundi Merah SagaTinggilah tinggi si matahari, Anak kerbau mati tertambat; Hendak bergurau selama ini, Ada kekasih jauh di selat.
Kurik Kundi Merah SagaDuduk bermain di tepi kolam, Ada juga memasang lukah; Kita bertunang selama enam bulan, Lepas itu bolehlah menikah.
Kurik Kundi Merah SagaPukul empat pukul lima, Pukul enam hari siang; Tidak dapat macam selama, Biar menjadi debu melayang.
123

Kembali ke atas