Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.lam] | اولم

Definisi : 1. daun-daunan atau buah-buahan mentah (spt daun pegaga, petai, dll) yg dimakan dgn nasi, lalap: kami di rumah makan ~ pucuk janggus dgn sambal belacan; 2. = ulam-ulam, ulaman ki perempuan simpanan, gundik; ~ mencari sambal prb perempuan mencari (mendatangi) lelaki; hendak ~ pucuk menjulai = pucuk dicita ~ tiba prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; ulam-ulaman berbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu; berulam makan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki sudah beristeri; berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: kamu makan tengah hari tadi ~ apa? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lam] | اولم

Definisi : ; ~ raja sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ulam), Cosmos caudatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.lam] | اولم

Definisi : buah-buahan atau daun-daunan mentah (spt jering, pegaga) yg dimakan dgn nasi: ~ raja nama sj herba yg daunnya dibuat ulam, Cosmos caudatus. ulam-ulaman pelbagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus dan pucuk ubi memang digemarinya. berulam makan nasi dgn ulam. berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: Ketika makan tadi, kami ~ pegaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulam (kata nama)
1. Bersinonim dengan lalap: rumbah, salad, sayur,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pucuk gajus, ulam raja, pucuk pegaga, daun selom petai, jering, kerdas, kacang botor,

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan ulam-ulam, ulaman, gundik, perempuan simpanan.,


Puisi
 

Ulam temu di kebun Pak Akob,
     Halia tumbuh dalam dulang;
Mula bertemu macam tak cukup,
     Bila dah jemu tendang terajang.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ada ulam hendaklah ada sambalnya.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada laut, ada perampok).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah putat kukata ulam, Bukanlah ulam kulari pulang; Adinda pucat kukata demam, Bukannya demam di hati yang pulang.
Kurik Kundi Merah SagaUlam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang.
Kurik Kundi Merah SagaSegetah ulam pegaga, Pucuk belimbing asahkan kuku; Petang-petang abang dah ada, Petik ke dinding bukalah pintu.
Kurik Kundi Merah SagaSegetah ulam pegaga, Pucuk belimbing asahkan kuku; Petang-petang abang dah ada, Petik ke dinding bukalah pintu.
Kurik Kundi Merah SagaNasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh ulam pun pauh, Tidakkah ngilu rasanya gigi? Adik jauh abang pun jauh, Tidakkah rindu rasanya hati?
Kurik Kundi Merah SagaPucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang ulam pegaga, Putik belimbing getu-getu; Petang-petang abang ada, Jentik dinding bukalah pintu.
Kurik Kundi Merah SagaLipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh.
Kurik Kundi Merah SagaKutip udang ulam pegaga, Hendak letak tiada berbara; Anak orang orang juga, Hendak minta tiada belanja.
12

Kembali ke atas