Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umur (kata nama)
1. Bersinonim dengan jangka masa hayat: usia, baya,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan hidup, hayat, nyawa, jiwa, roh,

Kata Terbitan : berumur,

Puisi
 

Bunga melur berjinjang-jinjang,
     Bunga mawar dalam raga;
Minta doa umur panjang,
     Lambat laun bertemu juga.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Bermaksud :

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang.
Kurik Kundi Merah SagaRaja di Jawa raja sakti, Menghadap sultan berganti-ganti; Doa saja umur tak mati, Dukun dan bidan ada menanti.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada kepuk di ladang, Boleh juga tumpang mandi; Diberi Allah umur panjang, Boleh kita jumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaLama tidak pergi ke ladang, Burung turun ke batang padi; Kuharap umur panjang, Bila kita dapat berjumpa lagi?
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaJikalau ada sumur di ladang, Pelangah baru saya jerangkan; Jikalau ada umur panjang, Belakang baru saya datangkan.
Kurik Kundi Merah SagaLama tidak pergi ke ladang, Burung turun ke batang padi; Kuharap umur panjang, Bila kita dapat berjumpa lagi?
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi.
123

Kembali ke atas