Hibiscus rosa-sinensis var. albus | bunga raya putih | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis renek berkayu dalam famili Malvaceae. Bunga raya putih tumbuh subur di kawasan yang terdedah kepada matahari. Daunnya jenis ringkas berbentuk ovat, tepi daun bergerigi dan berwarna hijau berkilat. Bunganya jenis tunggal dan besar berwarna putih. Bunga dan daunnya digunakan untuk merawat masalah ruam, bisul, radang kulit, sifilis, demam dan batuk. Air rendaman daun dibuat demah untuk merawat demam dan sakit kepala. Rebusan kulit batang bunga raya putih diminum untuk membaiki kitaran haid. Lendir daun dan bunga dilumurkan ke kepala untuk mencegah keguguran rambut, melebatkan dan menyihatkan rambut. Tumbuhan ini ditanam sebagai hiasan landskap. |
puree of cauliflower soup | sup puri bunga kubis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sup puri yang mengandung bunga kubis, mirepoix putih, kentang, kaldu dan bahan perasa dan dihias dengan bunga kubis berbentuk bunga. |
cream of cauliflower | sup krim bunga kubis | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sup krim daripada kaldu bunga kubis dan kaldu putih dan dihias dengan bunga kubis yang halus. |
cauliflower (Brassica oleracea ver. botrytis) | kubis bunga (Brassica oleracea var. botrytis) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bunga berwarna putih yang tumbuh daripada kubis yang digunakan dalam masakan Melayu dan Cina. |
moth flower | bunga kupu-kupu | Biologi | Ekologi | Bunga yang didebungakan oleh kupu-kupu, misalnya bunga seri pagi, Ipomea alba. Di antara ciri bunga kupu-kupu termasuklah warna yang putih atau hijau muda, berbau wangi, dan antesis pula berlaku pada waktu malam. |
cream Dubarry | sup krim Dubarry | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sup krim daripada kaldu bunga kubis dan kaldu putih dan dihias dengan bunga kubis yang halus. |
iconic symbol | lambang ikonik | Kesusasteraan | Puisi | Lambang yang mempunyai sifat-sifat ikonik yang digunakan oleh penyair bagi mewakili sesuatu yang lain sama ada berupa objek atau unsur-unsur kemanusiaan. Dalam puisi ini 'merpati putih' melambangkan kedamaian dan keamanan seperti yang digambarkan dalam puisi "Merpati Putih, Jelajahilah Dunia ini" karya Usman Awang. Merpati putih, jelajahilah dunia ini! Hembuskan udara baru yang kauhirup dari malam, Biar bunga-bunga mekar menguntum, Biar bibir-bibir segar tersenyum. |
white rust | karat putih | Biologi | Patologi | Penyakit karat tetapi menunjukkan gejala karat berwarna putih, yang merupakan ketumbuhan kulat penyebabnya, iaitu Puccinia horianapad pkok bunga teluki. |
periwinkle | kemunting cina | Herba | Tiada | Tanaman saka rendah, tegak dan malar hijau. Biasanya, bunga tumbuhan ini berwarna putih dan merah jambu. Nama saintifiknya Vinca rosea atau Catharanthus roseus. Sinonim tapak dara. Lihat juga vinkristina dan vinblastina. |
Crinum asiaticum | Jenis beri Bakong, bunga tembaga suasa | Pertanian | Tiada | Tumbuhan daripada famili Amaryllidaceae, dikenali sebagai bunga tembaga suasa daripada spesies jenis herba bebawang dalam, biasanya ditanam sebagai hiasan. Daunnya panjang, tebal dan berbentuk lanseolat. Bunganya terdapat pada jambak yang bertangkai panjang, berwarna putih, berkelopak panjang, melempai dan bercantum pada bahagian pangkal. Daunnya digunakan untuk mengubati bengkak, terseliuh, sakit kepala dan demam. Akar yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk merawat luka. |