white water | air putih | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
white water | air putih | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Air yang dikeluarkan daripada ampaian pulpa dan mengandungi sejumlah kecil gentian dan bahan tambahan lain. Air ini dikeluarkan semasa hamparan pulpa bergerak di atas dawai fourdrinier pada permulaan proses pembuatan kertas. |
frost | ibun | Hidrologi | Tiada | (1) Sin. embun putih; ibun putih; lihat juga embun beku; rime. Embun beku atau wap. (O.D) (2) Sin. pembekuan Penurunan suhu udara ke suatu nilai yang sama dengan atau lebih rendah dari takat beku air (0o C pada tekanan biasa). (WMO) |
sodium hydroxide | natrium hidroksida | Farmasi | Tiada | Garam tak organik berbentuk pepejal yang berwarna putih, menyerap air dan karbon dioksida daripada udara, larut dalam air, alkohol, dan gliserol, serta menghakis tisu apabila berair. Natrium hidroksida digunakan dalam pembuatan bahan kimia, rayon, selofan, kertas, aluminium, detergen, sabun, dan sebagai bahan uji makmal. |
lysozyme | lisozim | Kimia | Biokimia | Enzim yang memangkini hidrolisis polisakarida yang terdapat pada lapisan glikopeptida dinding sel bakteria. Enzim ini wujud di dalam bendalir seperti putih telur, air liur, dan air mata, dan memainkan peranan penting dalam pengaturan flora usus. |
fondant icing | aising fondan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aising berwarna putih daripada air, gula dan glukosa. |
fondant icing | aising fondan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Aising berwarna putih daripada air, gula dan glukosa. |
puree of watercress | sup puri selada air | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sup puri yang mengandung selada air, lemak, mirepoix putih, kentang, kaldu dan bahan perasa dan dihias dengan daun selada air cincang yang disaute. |
caustic soda | soda kaustik | Kimia | Tiada | Pepejal putih yang mudah menyerap air dan karbon dioksida daripada udara dan larut dalam air, alkohol, dan gliserol. Nama umum bagi natrium hidroksida. |
sodium hydroxide | natrium hidroksida | Kimia | Tiada | Garam tak organik, formula NaOH, takat lebur 318°C, takat didih 1390°C, berbentuk pepejal putih, menyerap air dan karbon dioksida dari udara, larut di dalam air, alkohol dan gliserol dan mengakis tisu apabila berair. Sebatian ini diperoleh daripada elektrolisis natrium klorida atau tindak balas natrium karbonat dengan kalsium hidroksida. Natrium hidroksida digunakan dalam pembuatan bahan kimia, rayon, selofan, kertas, aluminium, detergen, sabun dan sebagai bahan uji makmal. Nama biasanya ialah soda kaustik. |