Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1. berlindung drpd panas matahari (hujan, ribut, dll), bernaung: tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat; 2. = berteduhkan (drpd) men­jauh­kan (drpd), melindungkan (drpd), meme-liharakan (drpd): Surgiwa berteduhkan diri-nya di bawah daun asam itu drpd hujan dan panas; 3. menumpang tinggal, diam, duduk: aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.duh] | برتدوه

Definisi : 1 berlindung drpd panas matahari, hujan dsb; bernaung: Oleh sebab panas terlalu terik, dia pun ~ di bawah pohon beringin. 2 ki menumpang tinggal di rumah kawan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teduh (adjektif)
1. Bersinonim dengan beransur kurang: reda, sidang, redup,
Berantonim dengan lebat

2. Bersinonim dengan redup: muram, suram,
Berantonim dengan cerah

3. Bersinonim dengan aman: tenang, damai,

Kata Terbitan : berteduh, meneduhi, meneduhkan, keteduhan,

Puisi
 

Asah kapak tajam beliung,
     Tebang mari kayu berduri;
Tuanku umpama kemuncak payung,
     Patik di bawah berteduh diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Hujan,
     tempat berteduh;
panas,
     tempat berlindung.

Bermaksud :

Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sheltertempat berteduhGeografiTiadaTiada
sheltertempat berteduh; lindunganKejuruteraanTiadaTiada
homelessnesstanpa tempat berteduhKejururawatanTiadaPerihal individu yang tiada tempat tinggal tetap.
buildingbangunanKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan yang mengandungi ruang berteduh untuk penghuni atau untuk tujuan tertentu. Ia direkabentuk dan didirikan secara kekal.
carportserambi keretaKejuruteraanKejuruteraan BangunanBinaan yang diunjurkan dari bahagian tepi bangunan untuk memberikan perlindungan atau untuk tempat berteduh kereta atau kenderaan lain. Ia berbeza daripada garaj oleh kerana serambi kereta mempunyai dinding yang terbuka, sekurang-kurangnya dikedua-dua bahagian.
habitathabitatHerbaBotani dan BioteknologiKawasan atau persekitaran yang didiami oleh populasi atau individu sesuatu spesies. Faktor cuaca, makanan yang bersesuaian dan tempat berteduh merupakan ciri penting bagi sesuatu habitat. Faktor ini mestilah memenuhi kehendak rantaian hidup setiap spesies di habitat tersebut. Contohnya, hutan paya bakau merupakan habitat bagi pokok berembang dan pedada.
canopy1. sengkuap 2. sudurAlam BinaTiada1. Komponen yang diunjurkan daripada atas tingkap atau pintu untuk melindunginya daripada hujan dan panas. 2. Rimbunan pokok yang menutup sebahagian daripada bangunan atau menjulur keluar menjadi ruang atau laluan berteduh

Kembali ke atas