vertical integration | integrasi menegak | Pengurusan | Perancangan | Salah satu strategi penggabungan institusi perniagaan melalui tindakan memperoleh organisasi lain di peringkat aktiviti operasi yang sama bagi membentuk entiti yang baharu. Aktiviti organisasi yang sama boleh berlaku di peringkat pengeluaran atau pengedaran. Contohnya, penggabungan dengan organisasi lain di peringkat pengeluaran untuk mendapatkan bahan mentah, manakala penggabungan dengan organisasi lain di peringkat pengedaran untuk melancarkan agihan produk kepada pengguna. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kecekapan operasi dan mengawal pengagihan produk kepada pengguna dengan lebih efisien. Lihat juga integrasi mendatar, integrasi ke hadapan, integrasi ke belakang. |
dissogeny | disogeni | Biologi | Ekologi | Keadaan apabila haiwan mempunyai dua jangka masa kematangan seks, satu di peringkat larva dan satu lagi di peringkat dewasa. |
central government | kerajaan pusat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemerintah di peringkat nasional dalam sebuah negara persekutuan. Pemerintah ini mempunyai bidang tugas yang tertentu dan khusus sebagaimana yang telah ditetapkan oleh perlembagaan negara masing-masing. Antara bidang tugas utama pemerintah pusat ialah hal ehwal pertahanan negara, urusan hubungan diplomatik antarabangsa serta mewakili negara dalam menandatangani sebarang perjanjian di peringkat antarabangsa. Sementara di peringkat nasional, kerajaan pusat bertanggungjawab memastikan hal ehwal keselamatan daIam negara terjamin, pembangunan infrastruktur yang baik, kewangan yang mantap dan pendidikan yang maju. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kerajaan pusat dan kerajaan di peringkat negeri . |
differential shift | anjakan kebezaan | Sosiologi | Tiada | Ukuran kesan persaingan antara industri yang bergantung kepada perbezaan antara kadar pertumbuhan industri di peringkat wilayah dengan kadar pertumbuhan industri di peringkat tempatan. |
differential shift | anjakan kebezaan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Ukuran kesan persaingan antara industri yang bergantung kepada perbezaan antara kadar pertumbuhan industri di peringkat wilayah dengan kadar pertumbuhan industri di peringkat tempatan. |
codex alimentarius | alimentar kodeks | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Himpunan piawaian, kod amalan, garis panduan, saranan yang berkaitan dengan makanan, penghasilan makanan dan keselamatan makanan di peringkat antarabangsa. Nama ini diperoleh daripada Codex Alimentarius Austriacus. Alimentar kodeks dikenali sebagai titik rujukan di peringkat antarabangsa dalam menyelesaikan perbalahan berkenaan dengan keselamatan makanan dan perlindungan pengguna. |
local authority | pihak berkuasa tempatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang berada di peringkat tempatan seperti kota, bandaran, daerah dan mukim yang memiliki bidang kuasa mengurus dan memelihara kepentingan tempatan seperti kebersihan bandar, pengurusan sampah, cukai pintu, perumahan dan kedai, tempat letak kereta, taman dan rekreasi, khidmat komuniti, urusan alam sekitar dan trafik. Bidang kuasa ini terlebih dahulu telah ditetapkan oleh dewan perundangan dan termaktub dalam perlembagaan. Bagi sebuah negara persekutuan, urusan kerajaan tempatan ini terletak di peringkat negeri. Contohnya, pengutipan cukai pintu berbeza kadarnya antara satu bandar dengan bandar lain bergantung kepada autoriti tempatan kawasan tersebut. Sinonim autoriti tempatan. |
enhanced recovery | perolehan di peringkat | Geologi | Tiada | Tiada |
central committee | jawatankuasa pusat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sekumpulan individu atau panitia yang dipilih dan dilantik di peringkat induk yang mempunyai bidang kuasa tertinggi untuk menentukan hala tuju dan membuat keputusan penting. Panitia ini bertindak sebagai kumpulan penentu yang mempunyai kuasa eksekutif dalam merencana dasar, aktiviti, projek, program dan kewangan. Jawatankuasa pusat juga bertanggungjawab mengeluarkan arahan dan memantau perkembangan organisasi di peringkat jawatankuasa bahagian mahupun jawatankuasa kecil. Sebagai contoh, sesebuah parti politik mempunyai jawatankuasa pusat yang memainkan peranan utama dalam penentuan agenda parti dan pemilihan calon yang bakal bertanding dalam sesuatu pilihan raya. |
quasi-international | separa antarabangsa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan antara sebuah negara berdaulat dengan sebuah wilayah lain yang masih kabur taraf kedaulatannya di peringkat antarabangsa. Ini berbeza dengan hubungan antara dua negara berdaulat yang dikenali sebagai hubungan antarabangsa. Contohnya, hubungan negara Jepun dengan Taiwan merupakan separa antarabangsa kerana Taiwan belum mendapat taraf kedaulatan di peringkat antarabangsa. |