Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.si.si] | کسيسي

Definisi : ke tepi, ke samping; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.si.si] | کسيسي

Definisi : (pergi dsb) ke tepi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sisi (kata nama)
1. Bersinonim dengan tepi: rusuk, samping, tepi, lambung,
Berantonim dengan tengah

2. Bersinonim dengan pihak: bahagian, belah, segi, sudut,

Kata Terbitan : di sisi, ke sisi, dikesisikan, bersisi-sisian, menyisi, menyisikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
close pilingsusunan rapatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSusunan yang kayunya diatur rapat sisi ke sisi tanpa sebarang ruang di antaranya. Susunan padu atau susunan pukal. Susunan ini biasanya digunakan pada kayu yang sedia hendak dijual.
brachycephalybrakisefaliPerubatanTiadaKeadaan kepala yang sama lebarnya dari sisi ke sisi seperti dari depan ke belakang, khasnya yang mempunyai indeks sefalik melebihi 80.
balancing sidebahagian pengimbangPergigianTiadaBahagian gigi yang bersentuhan dengan gigi bertentangan apabila rahang bawah bergerak ke sisi (lateral). Bahagian pengimbang adalah di bahagian bertentangan dengan pergerakan ke sisi mandibel. Sekiranya rahang bawah bergerak ke kanan, bahagian pengimbang adalah di sebelah kiri. Bahagian pengimbang khas ditujukan bagi gigi dentur penuh sahaja kerana bahagian ini memberi kestabilan kepada dentur dan jika terdapat gangguan, dentur akan mudah tertanggal.
mechanical stagepentas mekanikalGeologiTiadaPentas mekanikal: Pentas mikroskop yang membolehkan perakaman yang tepat tentang kedudukan objek, contohnya keratan tipis, dan mempunyai peranti untuk menggerakkan objek ke sisi, ke hadapan, dan ke belakang.
move sidewaysgerak ke sisiKomunikasi MassaTiadaTiada
moisture distributiontaburan lembapanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKandungan lembapan yang berbeza-beza di sepanjang kepingan kayu, dari permukaan atas ke permukaan bawah, dari sisi ke sisi yang bertentangan dan dari hujung ke hujung. Taburan lembapan ini perlu diuji terutamanya pada kayu yang baru dikeringkan.
cellulaseselulosaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFormula C6H10O5n. Karbohidrat kompleks yang membentuk juzuk utama dinding sel tumbuhan. Selulosa biasanya terdiri daripada lebih kurang 3000 monomer glukosa untuk membentuk rantaian molekul yang tidak bercabang. Monomer glukosa kelihatan seolah-olahterikat sisi ke sisi untuk membentuk fibril. Selulosa boleh larut dalam asid nitrik dan asid asetik untuk membentuk sebatian terlarut yang boleh digunakan sebagai bahan mentah untuk pelbagai jenis industri.
kara uketangkis kosongSukanTiadaElakkan badan ke sisi penyerang tanpa apa-apa tangkisan.
posterolateralposterolateralPerubatanTiadaTerletak di bahagian belakang dan ke sisi.
dislocation (in crystal)ubah letakanPerubatanTiadaKecacatan bentuk ke sisi hablur disebabkan sesaran saah atom.
12345678910...

Kembali ke atas