language family | keluarga bahasa | Linguistik | Tiada | Tiada |
language family | keluarga bahasa | Geografi | Tiada | Tiada |
family of languages | keluarga bahasa | Linguistik | Tiada | Tiada |
language family | keluarga bahasa | Sosiolinguistik | Tiada | Kumpulan bahasa yang dihasilkan daripada satu bahasa induk yang sama. |
extensible style language | bahasa gaya diperluas | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa transformasi yang membenarkan pengguna untuk menerangkan cara memformat dan memindahkan fail yang dikod dalam piawaian XML. Bahasa ini menggunakan sintaks XML yang sah. Bahasa ini dikategorikan dalam keluarga berikut: i. XSLT - Bahasa XML bagi mengubah dokumen XML. ii. XSL-FO - Bahasa XML bagi mengkhususkan format visual dokumen XML. iii) XPath - Bahasa bukan XML yang digunakan oleh XSLT untuk merujuk bahagian dokumen XML. |
meritocracy | meritokrasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem pemilihan calon yang berasaskan kepada kebolehan seseorang dan menolak faktor-faktor lain seperti kaum, bahasa, warna kulit, keturunan keluarga atau pilih kasih. Melalui sistem ini, kenaikan seseorang dalam hierarki dan pangkat bersandar kepada keupayaan yang ditunjukkan. Pemimpin dalam sistem ini dipilih melalui sifat kepimpinan yang bijak, cemerlang dan diterima masyarakat. Contohnya, 'philosopher king' iaitu kumpulan pemimpin yang dicadang oleh Plato, jelas berasaskan meritokrasi. |
zarzuela | zarzuela | Kesusasteraan | Tiada | Teater opera di Filipina yang berasal dari Sepanyol. Pada peringkat permulaan, zarzuela dipersembahkan di Filipina dalam bahasa Sepanyol dan meniru persembahan dari negara tersebut. Seterusnya, skrip zarzuela ditulis dalam bahasa Tagalog. Zarzuela mempersembahkan cerita yang bertemakan politik dan permasalahan sosial. Namun, terdapat juga persembahan yang menyentuh permasalahan kehidupan keluarga dan percintaan. Bentuk teater ini dibawa ke Filipina oleh Dario Cespedes, iaitu seorang penyair dan dramatis Sepanyol. |
genteelisme | kesantunan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud �asuhan sempurna�, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud �anggun�. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: �... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman.� |
anaphora | anafora | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang mengulang satu perkataan atau lebih pada awal baris puisi. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud. Contohnya, petikan puisi "Kasih Petani Buta" karya Kemala seperti petikan di bawah. Sinonim ulang awal. kasihku subur dalam mata keluarga kasihku luhur dalam hati isteri setia kasihku hidup dalam pelukan padi di sawah kini kutatap semua dengan jiwa kini kudekap segala dengan rasa. |