Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ro.sa.kan]/[ke.ro.sa/.kan] | کروسقن

Definisi : 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ro.sa.kan]/[ke.ro.sa/.kan] | کروسقن

Definisi : keadaan atau hal rosak: Kalau ada ~ pd alat-alat elektrik itu, beritahulah juruelektrik utk membaikinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosak (adjektif)
1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,

2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua,
Berantonim dengan elok

Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak,

Peribahasa

Mendaki bukit berkaki dua,
     menurunnya berkaki seribu.

Bermaksud :

Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
talafkerosakanPerniagaan IslamTiadaKerosakan yang berlaku terhadap sesuatu harta. Talaf boleh terjadi sama ada melalui afah samawiyyah, iaitu kejadian alam atau melalui perbuatan makhluk. Contoh kerosakan akibat kejadian alam ialah tsunami, gempa bumi atau kerosakan makanan disebabkan kulat atau bakteria. Contoh kerosakan akibat perbuatan makhluk pula ialah vandalisme. Kerosakan melalui perbuatan makhluk terbahagi kepada dua, iaitu talaf hissi dan talaf shar‘i. Sinonim fasad Lihat juga talaf hissi, talaf shar‘i.
machinery breakdown insuranceinsurans kerosakan jenteraPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang melindungi kerosakan dandang, mesin dan peralatan elektrik. Perlindungan diberikan untuk kerosakan kepada peralatan, belanja penyenggaraan, pembaikan, kerosakan harta orang lain dan bayaran tambahan. Sinonim: boiler and machinery insurance
ta‘widganti rugiPerniagaan IslamTiadaPampasan kepada pihak tertentu disebabkan kerugian atau kerosakan harta. Contoh pampasan kerosakan seperti ganti rugi akibat kematian binatang ternakan, kebakaran premis perniagaan dan kerosakan produk jualan. Contoh pampasan kerugian pula seperti kes pengambilan tanah untuk kepentingan awam oleh kerajaan. Tanggungan ganti rugi dibebankan terhadap semua tanpa tertakluk kepada khitab taklif, iaitu tanpa mengira individu itu mukallaf atau tidak, seperti kanak-kanak, orang gila atau mabuk demi menjaga kehormatan harta milik orang lain.
amblyopiaambliopiaPerubatanTiadaKerosakan penglihatan tanpa kerosakan ketara pada mata atau saraf optik
teratogenicityteratogenisitiAIDSTiadaKerosakan fizikal fetus seperti kerosakan mental, penglihatan atau pendengaran disebabkan oleh kesan sampingan ubat tertentu seperti Ganciclovir.
smoke damagekerosakan asapPentadbiran PerniagaanTiadaKerosakan yang disebabkan oleh asap kebakaran dan ini berbeza dengan kerosakan disebabkan oleh api.
toxicityketoksikanKimiaTiadaKeupayaan ssuatu bahan untuk menyebabkan kerosakan pada tisu, kerosakan sistem saraf pusat, sakit teruk ataupun maut. Jumlah bahan yang dapat menyebabkan ketoksikan bergantung pada keadaan semula jadi bahan dan tempoh pendedahan.
water damage liability insuranceinsurans liabiliti kerosakan airinsuransTiadaInsurans yang melindungi kerosakan yang disebabkan oleh air, seperti kerosakan disebabkan oleh kebocoran atau limpahan air sistem pemanasan, atau penyejuk udara atau batang paip.
engine failurekerosakan enjinAeroangkasaTiadaKerosakan yang berlaku pada enjin pesawat udara semasa penerbangan.,Daya tujah per unit jisim enjin.,Nisbah berat kasar dengan tujah enjin yang digunakan semasa penentuan reka bentuk awal pesawat udara.,Kerosakan yang berlaku pada enjin pesawat udara semasa penerbangan.
chemical damagekerosakan kimiaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKerosakan kayu akibat tindakan bahan kima, seperti asid dan alkali, atau agen pengoksidaan yang boleh menyebabkan perubahan warna. Kebanyakan kayu umumnya agak rintang terhadap kerosakan kimia.
12345678910...

Kembali ke atas