glucose | glukosa | Veterinar | Tiada | Formula: C6H12O6. Karbohidrat ringkas dalam kumpulan heksosa dan merupakan sumber utama tenaga untuk keperluan haiwan. Bahan ini merupakan produk terakhir dalam proses pencernaan yang boleh diserap ke dalam sistem peredaran darah. Kepekatannya dalam darah dapat memberi gambaran status kesihatan sesuatu ternakan. Dari segi kimia, bahan ini merupakan pepejal berhablur yang tidak berwarna atau serbuk yang berwarna putih, mempunyai takat lebur 146° C, larut dalam air, larut sedikit dalam etanol dan mempunyai rasa yang manis. Bahan ini terdapat secara semula jadi dalam buah-buahan yang manis dan dalam madu lebah. |
quantum number | nombor kuantum | Farmasi | Tiada | Nombor yang merupakan nilai unit asas tenaga elektromagnet. Nombor ini adalah merupakan salah satu daripada empat integer yang menggambarkan setiap elektron dalam satu atom yang menandakan kedudukan, momentum bersudut, medan magnet, dan spin. Bd. nombor kuantum azimat, nombor kuantum magnet, nombor kuantum spin dan nombor kuantum utama. |
phosphorus | fosforus | Veterinar | Tiada | Simbol: P. Unsur bukan logam yang merupakan unsur perlu bagi organisma hidup. Unsur ini merupakan komponen penting dalam sel tulang dan gigi. Unsur ini juga diperlukan untuk pembentukan asid nukleik dan molekul pembawa tenaga (misalnya ATP) dan juga terlibat dalam pelbagai tindak balas metabolisme. Kekurangan unsur ini boleh menyebabkan penyakit tulang seperti osteoporosis dan rikets. Sumber utama unsur ini diperoleh daripada mil tulang, mil ikan dan garam dikalsium fosfat. |
cholesterol | kolesterol | Perubatan | Tiada | Sterol pada manusia dan haiwan yang merupakan bahan mentah untuk penghasilan asid hempedu dan hormon steroid. Sterol juga merupakan bahan penting dalam pembentukan membran sel. |
indication | indikasi | Perubatan | Tiada | Penyakit atau keadaan yang menyebabkan ubat tertentu perlu digunakan. Umpamanya jangkitan bakteria merupakan indikasi penggunaan antibiotik dan demam merupakan indikasi penggunaan Paracetamol. Tanpa indikasi penggunaan ubat yang betul, pesakit akan terdedah kepada ubat yang tidak berguna yang mungkin mendatangkan kesan sampingan yang bahaya. |
uridine diphosphate | uridina difosfat | Farmasi | Tiada | Nukleotida bagi urasil, ribosa dan fosfat anhidrida; ester bagi uridina dengan asid fosforik dan merupakan enzim pemindah utama dalam emtabolisme karbohidrat yang merupakan hablur yang larut dalam air dan alkohol, dan digunakan dalam penyelidikan biokimia. |
intravenous solution | larutan intravena | Perubatan | Tiada | Cecair kristaloid atau koloid yang digunakan untuk infusi intravena. Kristaloid merupakan larutan garam galian dan/atau glukosa pada sukatan tertentu yang disediakan dalam bentuk komersial. Koloid merupakan cecair yang mengandungi endapan seperti plasma darah, sel darah merah kejap, kriopresipitat dan sediaan komersial tertentu. Larutan ini digunakan terhadap pesakit yang memerlukan rawatan infusi intravena yang disebabkan oleh pelbagai masalah. Sinonim cecair intravena. |
depression | depresi/kemurungan | Perubatan | Tiada | Keadaan mental yang mempunyai ciri seperti perasaan sedih dan putus asa serta gangguan terhadap aktiviti harian. Keadaan ini merupakan tindak balas mental yang normal terhadap sesuatu musibah atau merupakan penyakit jiwa sekiranya teruk dan berpanjangan. |
graphical browser | pelayar grafik | Teknologi Maklumat | Tiada | Sejenis atur cara yang membolehkan pengguna melihat teks dan imej semasa melayari Internet. Mosaic merupakan antara pelayar grafik yang pertama pada awal tahun 90-an. Kedua-dua Internet Explorer dan Netscape Navigator merupakan pelayar grafik. Contoh-contoh pelayar grafik lain ialah Safari dan Mozilla. |
acid-detergent fiber (ADF) | serabut detergen asid | Veterinar | Tiada | Komponen yang mengandungi selulosa, lignin dan silika. Komponen ini merupakan residu selepas bahan makanan diekstrak menggunakan detergen asid. Proses pengekstrakan melibatkan perebusan bahan makanan dalam natrium lauril sulfat selama satu jam. Kaedah ini merupakan sebahagian daripada prosedur analisis serabut berdasarkan kaedah Van Soest bagi menilai mutu sumber makanan ternakan. Antara jenis makanan ternakan yang dianalisis ialah foraj, bahan berserabut atau bahan sampingan pertanian. Pada umumnya, makanan yang mengandungi aras serabut detergen asid yang tinggi mempunyai kebolehcernaan yang rendah. |