white liver disease | penyakit hati putih | Veterinar | Tiada | Tiada |
nicotinamide | nikotinamida | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 2. Hablur putih, iaitu amida asid mikotinik, yang terdapat di dalam jantung, hati dan otot. |
cholesterol | kolesterol | Fizik | Nanoteknologi | Lemak lipid berhablur putih, C27H45OH yang terdapat pada tisu tubuh dan plasma darah yang biasanya disintesis oleh hati dan penting sebagai juzuk sel. |
biotin | biotin | Kimia | Biokimia | Kumpulan vitamin B kompleks yang larut dalam air dan alkohol, tidak larut dalam nafta dan kloroform, stabil terhadap haba, dan juga stabil dalam larutan neutral atau asid, sebatian ini diperlukan untuk pertumbuhan mikroorganisma dan kesihatan haiwan. Vitamin ini terdapat di dalam putih telur, hati, yis, susu dan sebagainya, dan mempengaruhi metabolisme lemak, pendekarboksilan, pengikatan karbon dioksida, dan pendeaminaan asid amino. |
phenacetin | fenasetin | Kimia | Forensik | Formula kimia, C10H13NO2; nama dagang, Gripponyl. Hablur atau serbuk putih, takat lebur 134�C - 135�C. Ubat yang diberikan untuk melegakan sakit dan mengurangkan demam. Ubat ini boleh menyebabkan tindak balas alergi. Kegunaan berulang hendaklah dielakkan dalam kes penyakit anemia, jantung, paru-paru, hati atau buah pinggang. Kesan sampingan termasuk penyakit hati, demam atau ruam kulit. Ubat ini telah digantikan dengan asetaminofen. Dos terapeutik ialah 5 �g/mL - 10 �g/mL Dos toksik ialah 50 �g/mL. Sinonim asetofenetidin. |
bilirubin | bilirubin | Veterinar | Praklinikal | Pigmen yang terhasil daripada penguraian hemoglobin. Bilirubin diproses oleh hati untuk membentuk bilirubin diglukuronid. Pigmen ini boleh menyebabkan tisu berwarna kuning yang jelas dilihat pada sklera putih mata. Peningkatan kepekatan bilirubin dalam darah dikenali sebagai penyakit kuning atau jaundis. Dalam gangguan hemolisis atau penyakit hepar; bilirubin boleh terkumpul dalam darah. Pengumpulan bilirubin yang berlebihan boleh menyebabkan ketoksikan kepada saraf yang sedang berkembang. |
Jeruju | Acanthus ilicifolius | Pertanian | Tiada | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae ini juga dikenali sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas yang tersusun bersetentangan dan tepi daun bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunga bentuk spika keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keunguan, buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renik biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti di paya, tepi sungai dan di sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok melainkan akar juga digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit, juga sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batang diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan dan wanita lepas bersali |
spleen | limpa | Biologi | Histologi dan Sitologi | Organ vaskular vertebrat yang menghasilkan limfosit (sel darah putih) dan juga menjadi tempat sel darah merah dimusnahkan, lalu membebaskan hemoglobin dan ditukarkan menjadi bilirubin di dalam hati. Limpa juga bertindak sebagai takungan darah dan berfungsi membentuk sel darah merah yang baru di dalam fetus dan bayi. |
Acanthus ilicifolius | jeruju | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan dalam famili Acanthaceae yang dikenali juga sebagai jeruju putih. Daunnya jenis ringkas tersusun bersetentang dan tepi daunnya bergerigi sinuat serta hujungnya tajam. Jambak bunganya berbentuk spika, dan tumbuh keluar dari terminal dan aksilari pokok. Bunganya putih keungu-unguan dan buahnya jenis kapsul berbentuk bujur. Tumbuhan ini mengandungi flavon. Tumbuhan jenis renek ini biasanya tumbuh di kawasan lembap seperti paya, tepi sungai dan sawah. Air rebusan akar diminum untuk merawat lelah, bengkak hati, gastrik, hepatitis, bengkak kelenjar limfatik, barah dan batuk kering. Biji yang telah dihancurkan ditelan dengan air untuk mencuci darah dan merawat kecacingan atau dijadikan sebagai ubat pupuk pada luka. Seluruh pokok, selain akar digunakan untuk merawat luka, penyakit kulit dan sebagai tonik rambut. Daun yang telah dilumatkan dibuat pupuk untuk merawat reumatisme, luka terkena racun sumpitan dan racun ular. Air rebusan daun dan batangnya diminum sebagai tonik untuk menjaga kesihatan ibu selepas |
glycogen | glikogen | Kimia | Tiada | Polisakarida rantai bercabang, formula (C6H10-O5)n, yang terdiri daripada unit-unit glukosa, wujud dalam bentuk serbuk berwarna putih, berasa manis, larut di dalam air, tetapi tidak larut di dalam alkohol. Glikogen berfungsi sebagai simpanan karbohidrat bagi vertebrat dan banyak terdapat dalam hati dan sel otot. Aapabila perlu, glikogen akan ditukarkan kepada glukosa dan dihantar ke tisu untuk menghasilan tenaga. Polisakarida ini dapat diasingkan daripada hati melalui tindak balas dengan larutan 30% natrium hidroksida. glikogen digunakan dalam penyelidikan biokimia. Nama umumnya ialah kanji haiwan. |