poisoning | keracunan | Perubatan | Tiada | Keadaan akibat termakan racun, sama ada racun kimia atau racun mikroorganisma. Antara gejala keadaan ini ialah mual, muntah-muntah dan sakit perut. Misalnya, keracunan makanan dan keracunan akibat dadah. |
poison center | pusat racun | Perubatan | Tiada | Institusi yang berfungsi untuk mengintegrasikan perkhidmatan berkaitan dengan keracunan agar dapat mengurangkan risiko kejadian keracunan dan meningkatkan keberkesanan rawatannya. Perkhidmatannya merangkumi pembekalan maklumat berkenaan ubat dan racun, aktiviti kajian dan dokumentasi, perkhidmatan pendidikan dan pencegahan keracunan, serta makmal toksikologi. Di Malaysia, institusi ini dikenali dengan nama Pusat Racun Negara yang terletak di bawah kelolaan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. |
toxicology | toksikologl | Farmasi | Farmakologi | Salah satu cabang dalam bidang sains dan perubatan yang mengkaji tentang asal usul racun, pengesanan dan rawatan terhadap racun. Toksikologi merangkumi kajian saintifik tentang sesuatu racun, cara mengesan, kesan-kesan dan kaedahrawatan yang sesuai mengikut keadaan-keadaan yang terhasil akibat pendedahan kepada racun tersebut. |
poison | racun | Perubatan | Tiada | Tiada |
poison | racun, | Perubatan | Tiada | Bahan kimia yang menyebabkan kerosakan kepada struktur, atau mengganggu fungsi tubuh apabila bahan tersebut dimakan, dihidu, diserap, atau disuntik dalam jumlah yang sedikit secara tidak sengaja. Bahan ini juga mungkin terbentuk di dalam tubuh akibat tindakan kimia terhadap sesuatu bahan misalnya sianida dan parapoid. |
pesticide | pestisid | Perubatan | Tiada | Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau merencat pertumbuhan makhluk perosak seperti racun serangga dan racun tikus. |
herbicide | herbisid/racun herba | Perubatan | Tiada | Tiada |
insecticide | insektisid/racun serangga | Perubatan | Tiada | Agen yang boleh merosak atau membunuh serangga. |
molluscicide | molusisid; racun moluska | Perubatan | Tiada | Tiada |
insecticide | insektisid/racun serangga | Perubatan | Tiada | Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh serangga. |