Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.lu.bang] | برلوبڠ

Definisi : 1. mempunyai (ada) lubang (dinding, jarum, dsb): dinding rumahnya ~; mempunyai (ada) lubang (rongga), berongga; berlekuk (tanah dsb): jalan ke kampung itu ~ di sana sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lubang (kata nama)
1. Bersinonim dengan liang: rongga, gohong, saung,

2. Bersinonim dengan lekuk: pesuk, lopak, paluh, palung,

3. Bersinonim dengan peluang: kesempatan, jalan, cerlak,

Kata Terbitan : berlubang, melubang, melubangkan,

Puisi
 

Orang menyabung di balik teluk,
     Kena tikam habis berlubang;
Ayam terkepung di pagar buruk,
     Terkam musang lalu terbang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai menampung air dengan limas pesuk.

Bermaksud :

Tak dapat diberi ajaran atau nasihat. limas = takir; pesuk = berlubang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
sampong[sAm.pN]kata kerjaberlubang, kesan gigitan.Poho anak lombu tu sampong kono gigit anjeng.[p.h A.nA/ lm.bu tu sAm.pN k.n gi.git An.dZeN]Peha anak lembu itu berlubang kena gigit anjing.
bosarau[b.sA.ÄAw]kata namaberlubang-lubang.Atap rumah tu dah bosarau dek lamo kono tingga.[A.tAp Äu.mAh tu dAh b.sA.ÄAw de/ lA.m k.n tiN.gA]Atap rumah itu sudah berlubang-lubang kerana rumah tersebut sudah lama ditinggalkan.
motan I[m.tAn]kata namabekas dahan yang terdapat pada kayu yang telah digergaji, mata kayu.Kok boli papan usah boli yang ado motan, nanti kok bolobang.[k/ b.li pA.pAn u.sAh b.li jAN A.d mtAn nAn.ti k/ b.l.bAN]Kalau beli papan jangan beli yang ada tanda bekas dahan, nanti berlubang.

Kembali ke atas