Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : (berusaha, bekerja) dgn segenap hati, dgn penuh minat, tidak main-main: apakah pengakuannya itu satu penga­kuan yg dibuat ~ atau kerana paksaan? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sung.guh.sung.guh] | برسوڠݢوه-سوڠݢوه

Definisi : bekerja atau berusaha dgn sepenuh hati: Pasukan Askar Melayu telah ~ mempertahankan Tanah Melayu drpd serangan Jepun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungguh
1. Bersinonim dengan benar
( betul, tepat, sah, sahih, jola, sengoti, tahkik, temen, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sangat
( amat, terlalu, nian, betul, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan memang
( sememangnya, sebenarnya, sebetulnya, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : sesungguhnya, bersungguh-sungguh, kesungguhan, penyungguhan,

Puisi
 

Anak ayam turun sepuluh,
     Mati seekor tinggal sembilan;
Kutuntut ilmu bersungguh-sungguh,
     Akan buat bekalan hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai gadis jolong menumbuk.

Bermaksud :

Rajin dan bersungguh-sungguh.

 

Lihat selanjutnya...(14)

481

Practice makes perfect

Perkara yang sukar akan menjadi mudah, dan akhirnya kita menjadi mahir jika kita berlatih selalu dan sering melakukannya.

Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang

''Do not despair. I know that this sport is not easy, but if you train hard, surely you will become a better player. Remember practice makes perfect,'' the coach said to the young talent.

''Jangan berputus asa. Saya tahu yang sukan itu bukan mudah tetapi kalau kamu berlatih bersungguh-sungguh, tentu kamu akan menjadi lebih handal. Ingat, pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang,'' kata si jurulatih kepada bakat muda itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
hobin[h.bin]kata kerjabelasah, hentam dengan bersungguh-sungguh, pukul dengan kuat.Torok poncurik tu kono hobin dek orang kampong bilo kono tangkap.[t.Äo/ pn.tSu.Äi tu k.n h.bin de/ .ÄAN kAm.pN bi.l k.n tAN.kAp]Teruk pencuri itu kena belasah dengan orang kampung bila kena tangkap.
bobenta[b.bEn.tA]kata adjektifberiya-iya, berusaha bersungguh-sungguh.Dari sonjo sampai tongah malam bobenta kita bocarian tapi tak yo solosai.[dA.Äi sn.dZ sAm.pAj k.t.NAh mA.lAm b.bEn.tA ki.t b.tSA.Äi.An tA.pi tA/ j s.l.sAj]Dari senja hingga ke tengah beriya-iya kita mencari jalan penyelesaian, tetapi tidak juga selesai.

Kembali ke atas