[ma.sam] | ماسم
Definisi : 1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu ~; mukanya ber-kerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih (muka) kerana marah dll, bersut, merengus, merengut: mukanya ~ setelah di-marahi oleh bapanya; ~ catung sangat masam (bkn muka); ~ kucam masam sungguh; ~ pahit Kd terlalu masam; bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya; bermasam; ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dll), tidak bertegur sapa; memasam menjadi masam: susu ini mulai ~; memasamkan menjadikan masam: dia men-jeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya; kemasaman keadaan masam: cuka mem-punyai kadar ~ sehingga 95%; kemasam-masaman, masam-masaman agak masam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ma.sam] | ماسم
Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cuka, lemon, mempelam muda dsb: Orang yg sedang mengandung kebanyakannya suka memakan buah-buahan yg ~. 2 tidak jernih air mukanya kerana marah dll: Mukanya ~ mendengar jawapanku itu. 3 terdapat asid di dlmnya (bkn tanah): Pokok markisah tidak boleh hidup di tanah yg ~. bermasam; ~ muka tidak bertegur sapa antara satu dgn yg lain (kerana berkelahi dll). memasamkan menjadikan (menyebabkan) masam: Dia ~ mukanya kerana terlalu marah. kemasaman keadaan masam. kemasam-masaman masam sedikit; agak masam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)