Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.jin] | راجين

Definisi : 1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun: dia ~ belajar; dia ~ bekerja utk menambah pendapatan keluarga; 2. kerap kali, selalu (berbuat se­suatu, melakukan sesuatu): ia ~ ke masjid; tak ~ Kl, bp tidak pernah; rajin-rajin dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh; merajinkan; ~ diri berusaha benar-benar, mengusahakan diri; kerajinan 1. perihal rajin, kegiatan, kete­kun­an: guru hendaklah mendatangkan ke­cenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (me­ng­-hasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai me-majukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerja­kan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusaha­an) dgn tangan (bukan dgn mesin). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.jin] | راجين

Definisi : 1 suka bekerja (belajar dll); giat; tekun: Ia ~ belajar. 2 selalu berbuat sesuatu; kerap kali melakukan sesuatu: Ia ~ pergi ke masjid. kerajinan hal atau sifat rajin; ketekunan: Kerana ~ belajar, mereka lulus dgn mendapat markah yg tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajin
1. Bersinonim dengan tekun
( bersungguh-sungguh, tekun, getol, beria-ria, gigih, giat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan malas

2. Bersinonim dengan selalu
( sentiasa, kerap, kerap kali, acap kali, sering, sering kali, )
(adverba:)
Berantonim dengan jarang

Kata Terbitan : merajinkan, kerajinan,

Peribahasa

Menugal rajin menuai segan.

Bermaksud :

Orang dagang yang malas mengutip piutangnya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
paomah[pA..mAh]kata kerjapuji, diangkat-angkat; ombong.Dio nak pandai paomahe, baru rajen buek kojo.[di.j nA/ pAn.dAj pA..mAh.E bA.Äu ÄA.dZen bu.wE/ k.dZ]Dia kena pandai memujinya, baru rajin buat kerja.
ombong[m.bN]kata kerjapuji, diangkat-angkat; paomah.Dio nak pandai ombonge, baru rajen buek kojo.[di.j nA/ pAn.dAj m.bN.E bA.Äu ÄA.dZen bu.wE/ k.dZ]Dia kena pandai memujinya, baru rajin buat kerja.
omat[.mAt]kata adjektifhairan; nomat.Omat den, dulu kau poleso, tibo-tibo yo porajen, ado apo-apo ko.[.mAt dEn du.lu kAw p.lE.s ti.b.ti.b j p.ÄA.dZen A.d A.p.A.p k]Hairan saya, dulu kau pemalas, tiba-tiba sahaja rajin, ada apa-apa ke.
kekeh[kE.kEh]kata adjektifgigih, rajin.Kekeh boto budak tu bokojo, nak simpan duit, agake nak kawen.[kE.kEh bo.to bu.dA/ tu b.k.dZ nA/ sim.pAn duEt A.gA/.E nA/ kA.wEn]Gigih betul budak itu bekerja untuk menyimpan duit, agaknya hendak kahwin.
nomat[n.mAt]kata adjektifhairan; omat.Nomat den, dulu kau poleso, tibo-tibo yo porajen, ado apo-apo ko.[n.mAt dEn du.lu kAw p.lE.s ti.b ti.b j p.ÄA.dZen A.d A.p.A.p k]Hairan saya, dulu kau pemalas, tiba-tiba sahaja rajin, ada apa-apa ke.

Kembali ke atas