linambungan Kd Kj | kain baldu hitam. | Linambungan - kain baldu hitam – dulunya cuma kulit kayu (jenis poputul) yang dihitamkan. Linambungan ini dihias dengan benang-benang yang beraneka warna dan juga manik-manik dan fesyen dari jenis tangan panjang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
egut Bj | baju yang dibuat daripada kain baldu. | Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kantiu Bj, Sl | seluar yang dibuat daripada kain baldu dan dihiasi dengan labuci. | Dia tersedu. Tubuhnya yang bersalutkan baju egut diperbuat daripada kain baldu biru laut, terhias indah dengan labuci damit. Seluar kantiu daripada jenis kain yang sama, dipadankan dengan baju egut yang ketat. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
olos belangkit Bj Sm | kain baldu hitam yang dihiasi satu panel kain bermotif (motif dihasilkan melalui sulaman benang beraneka warna). | Olos Belangkit - sejenis kain hitam - sebaik-baiknya kain baldu yang dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah. | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kuruna Bj, Sl | mahkota yang dibuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi labuci. | Saire mula mengayun-ayun tangannya. Melangkah ke pentas mendahulukan kaki kanannya. Kaki seluar kantiu yang dipakainya berwarna jingga, terlambai-lambai. Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu. | Sejambak bunga emas | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
badu sampit Bj Sm | sejenis baju (tradisi Bajau Sama) tanpa lengan yang diperbuat daripada baldu hitam dan diberi hiasan. | Badu sampit - baju yang diperbuat daripada kain baldu hitam yang juga dihiasi dengan tekatan benang yang beraneka warna di samping butang-butang betawi. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |