Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pas] | هامڤس

Definisi : 1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pas] | هامڤس

Definisi : sisa drpd benda yg sudah diambil patinya atau airnya: ~ kelapa; ~ tebu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampas (kata nama)
Bersinonim dengan sisa, baki, kerdak, keladak, latak, endap-endap, sepah, semperah, bahan buangan.,

Puisi
 

Jika kulurut padiku ini,
     Kubuang hampas kuambil isi;
Jikalau kuturut hatiku ini,
     Kubuang akar kuambil hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga,
     putih-putih hampas kelapa dibuang.

Bermaksud :

Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
rampang Ibhampas.Awak bukan berhajat hendak melawat saya tetapi, berhentilah di sini dulu. Sudah lama ramuan rampang bunga gadis Satik melimpasi kami di sini, sahut adik Jambi.JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
hinabatan Kdhampas tapai yg diberi makan kepada semangat padi.Upacara ini akan diteruskan sehingga persiapan seperti Hinabatan atau menyediakan nasi tapai untuk diberi makan kepada Bambaazon telah siap.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
humabat, *humabot* Kdupacara memberi makan semangat padi dengan melontar hampas tapai agar melekat pada dinding.Upacara Magavau disusuli dengan upacara keramaian atau Humabat dan upacara keriangan atau Monogit. Dalam upacara ini tarian-tarian tradisional masyarakat Kadazan/Dusun akan dipersembahkan dengan diiringi minuman tradisi seperti tapai, bahar dan lihing.Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang?Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas