Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.riu.han] | کريوهن

Definisi : perihal riuh, kebisingan, ke­gem­par­an: orang dapat merasakan ke­hadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya meng­ganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.riu.han] | کريوهن

Definisi : keadaan atau perihal riuh; kebisingan; kegemparan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
riuh (adjektif)
Bersinonim dengan bising, ramai, gamat, gempar, honar, heboh, gempita, gaduh, gegak, gegap, rusuh, gerapak, kecoh, abuh, keridau, rutup, taru, kecor;,
Kata Terbitan : riuh-rendah, meriuhkan, keriuhan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
jupit, *lupit* Ib, MSrhitungan hari selepas tulat.Rentap sedar benar keriuhan itu pasti berlarutan hingga ke pagi esok, petang dan malam esoknya. Mungkin berlarutan ke lusa dan jupit. Tentu ramai yang mericau tidak ketentuan.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngajat Ibsejenis tarian tradisional orang Iban.Bunyi gong kini berkumandang lagi, ngajat berjalan terus penuh keriuhan.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuhau Tbsejenis tumbuhan (Zingiber spp.) yg umbutnya dibuat ulam, sayur.“Tuhau...! Bukankah tuhau tu buang angin. Ini mesti badan kau banyak angin.” Ah Meng mencelah dalam keriuhan rakan-rakan lain yang masih menahan perut dengan telatah Julius.Kuasa politikGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas