Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ma.ke.la.ma.an] | لاما-كلاماءن

Definisi : lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ma.ke.la.ma.an] | لاما-كلاماءن

Definisi : akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lama (adjektif)
1. Dalam konteks tempoh
bersinonim dengan berlarutan, berpanjangan, berterusan,
Berantonim dengan sekejap

2. Bersinonim dengan tua: usang, lapuk, buruk, kuno,
Berantonim dengan baru

3. Dalam konteks fesyen
bersinonim dengan usang, lapuk, ketinggalan zaman,
Berantonim dengan moden

4. Bersinonim dengan berlalu: sudah berlaku, sudah lepas,

Kata Terbitan : selama, berlama-lama, lama-kelamaan,

Peribahasa

Diam penggali berkarat.

Bermaksud :

Ilmu yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
temuda Ibkawasan bekas huma yang sudah lama ditinggalkan.Keling masih lagi mengikuti tupai tersebut. Apabila tupai berjalan Keling pun berjalan juga menjejaki jalan tupai tersebut. Lama-kelamaan Keling tertinggal jauh di belakang. Dan tupai tidak kelihatan lagi. Keling tiba di tanah huma tinggal orang lain. Temuda itu terletak berdekatan sebuah tasik yang besar. Kelihatan seorang perempuan di atas jelatung di seberang, perempuan itu sedang mandi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tuwau Kd Tgburung merak.Lama punya kelamaan ini yang manusia ni pasal asal usul ini burung juga tapi manusia asal telur ini. Telur mangkak (burung gagak) ini sama ini tuwau (burung merak) Jadi betukar ini telur ini. Bilang kah kita sama jual murahlah. Ah tuwau dulu cantik bah.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mangkak, *mangkaak* Tbburung gagak.Lama punya kelamaan ini yang manusia ni pasal asal usul ini burung juga tapi manusia asal telur ini. Telur mangkak (burung gagak) ini sama ini tuwau (burung merak) Jadi betukar ini telur ini. Bilang kah kita sama jual murahlah. Ah tuwau dulu cantik bah.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas