Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.rah] | ماره

Definisi : berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : 1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
manas II MSrmarah.Kenapa Jimbai perlu bertindak terburu-buru begitu? Kalau manas pun tanyalah dahulu ketika pulang. Tanya dahulu kenapa aku berjudi dan minum tuak dan langkau sampai mabuk.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
naik jabar MSrperasaan terlalu marah, naik radang.Tapi Pak Pait mati-mati menuduh ada urusan jual beli dalam hal itu, dan hasil haram itu digunakan oleh Pak Malun untuk berlagak di depan Kak Siti. Manalah tidaknya Pak Malun tak naik jabar. Nasib baik ada Pak Keri Ladun ketika itu; kalau tidak, tentu ada yang berkafan hari itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bungkas II Ml, MSr1. marah. 2. melenting.Maka kayu bulat sebesar paha itu bungkas melantun ke atas mengikat semahu-mahunya.NgayauGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ampalalang Mrupacara amal untuk meredakan semangat yang marah.Tambahan lagi, jika petani ini merasai bahawa alamat ini akan mendatangkan kecelakaan atau kematian maka beliau akan melakukan satu upacara amal yang dipanggil ampalalang untuk meredakan (amarawak) semangat yang dipercayai menghuni tapak yang dipilih.Padi dan KeajaibannyaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
odu-odu Tbsemangat padiEngkau bukan tak tahu adapt monomparoi bangsa kita. Bangsa Sungai ni, Odu-odu tentunya marah kalau menanam padi dua kali setahun. Aku tak mahu terkena sumpahan."Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sadik LBsejenis perangkap binatang yang diperbuat daripada tali dan rotan. Ia biasanya untuk menjerat tupai.Si kura-kura sangat marah lalu berteriak, “Awak tunggulah,” lalu bergegas pulang dan dia terus membuat sadik (jerat) dan memasangnya di bawah pokok pisang.Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun BawangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas