pagung Bj | sejenis tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok); Nipa fruticans. | Buat apa dengan pagung tu? Tanya Nanak. "Buat atap. Semalam hujan turun. Tempias hujan masuk ke dalam rumah. Bapa tak dapat tidur," jawab gadis itu. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
empitu Ib | sejenis burung kecil seakan-akan burung puyuh tetapi berwarna kelabu. Ia sentiasa berjalan di atas tanah akibat sumpahan hantu chuik (tikus) – dongeng. | Kumang menukar bentuk badannya sehingga menjadi sebesar telur burung empitu dan terus berguling masuk ke dalam lubang itu. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sapatih Kd KB | sejenis roh jahat. | Sapatih - Tinggal dalam perahu, masuk ke sebuah negeri untuk membawa penyakit melalui muara sungai. | Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/ Kadazan Kota Belud | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ambal Ib, MSr | sejenis hidupan laut (solen brevis) yang berbentuk separuh selinder. Ia terdapat di beberapa kawasan persisiran pantai berpasir di beberapa bahagian di Kuching dan Samarahan. Ambal merupakan makanan laut yang enak dan popular. | Apabila ambal terkena campuran kapur ia akan menolak lidi tersebut dan cuba keluar dari pasir. Dengan pantas ambal akan diterkam dan dicabut sebelum ia sempat masuk kembali ke dalam pasir. | Pedoman Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
baya pandang Ib | pakaian orang yang baru meninggal dunia yang disidai di atas mayat. Ia digunakan untuk upacara mengakhiri tempoh perkabungan si mati tersebut. Kain itu kemudiannya disimpan oleh saudara-mara terdekat si mati. | Mayat itu diangkat ke ruai dan diletakkan di dalam sebuah kurungan yang dipanggil sapat. Di atas sapat itu diletakkan baya pandang. Pada pintu masuk yang dipanggil pala tangga kedua-dua hujung rumah panjang, alu dilintangkan supaya hantu, roh orang-orang yang sudah mati tidak naik ke rumah. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |