Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngap] | ڤڠڤ

Definisi : 1. tidak banyak udaranya (kerana ruang terlalu sempit), susah hendak bernafas (ke­rana bilik sempit dan tiada bertingkap), sesak; 2. berbau hapak dan menyesakkan nafas; berpengap dibiarkan pengap, dipengap: pakaian kotor yg ~ beberapa hari di dlm beg telah mengeluarkan bau masam; memengap 1. menutup (ikan dll) dlm sesuatu dgn rapat sehingga udara tidak dapat masuk; 2. ki mengurung (menyembunyikan): siapa yg dapat bergembira kalau dirinya dipengap dlm kurungan yg sempit ini; memengapkan menjadikan pengap, mele­maskan, menyesakkan; terpengap tertutup (tersembunyi) dlm bilik dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngap] | ڤڠڤ

Definisi : 1 tidak segar udaranya kerana ruang terlalu sempit dll: Rumahnya itu ~ saja kerana tidak bertingkap. 2 berbau hapak. memengap 1 menutup rapat-rapat sehingga tidak masuk udara. 2 ki mengurung (menyembunyikan) diri: Sesekali pergilah bersiar-siar kerana tidak elok jika ~ di rumah saja. memengapkan menjadikan pengap. terpengap tertutup atau tersembunyi (dlm bilik dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pengap (adjektif)
Bersinonim dengan sesak, lemas, susah bernafas;,
Kata Terbitan : memengap, memengapkan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
pengap Ibnyanyian suci, timang.Ketua yang bernama Jenua mengetuai pengikutnya mendiami kawasan Sungai Pusa. Sampai hari ini juga penyair lemambang masih menyebut dalam pengap mereka, "Jenua yang mempelopori Pusa hutan ditebang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
besundang, *sundang* Ibbatu yang tidak teratur.Kerana itu, dalam pengap, penyair lemambang masih menyebut, "Jarup seorang ketua yang mempelopori kawasan Sekaup, telah mati bebadi lesi laya luput kerana terkatup oleh batu besundang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lesi Ibmati.Jarup meninggal dunia di situ juga. Kerana itu, dalam pengap, penyair lemambang masih menyebut, "Jarup seorang ketua yang mempelopori kawasan Sekaup, telah mati bebadi lesi laya luput kerana terkatup oleh batu besundang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
laya Ibmati.Jarup meninggal dunia di situ juga. Kerana itu, dalam pengap, penyair lemambang masih menyebut, "Jarup seorang ketua yang mempelopori kawasan Sekaup, telah mati bebadi lesi laya luput kerana terkatup oleh batu besundang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
papan turai Ibpapan kayu yang lembut sebagai tempat mencatat (dengan melukis) urutan peristiwa dalam nyanyian suci (pengap dll).Puisi ini berbentuk tetap dan untuk mengingatinya disediakan tempat mencatat yang disebut ‘papan turai’ yang ditanda dan dapat difahami oleh pencatatnya sendiri sahaja.Cerita Rakyat IbanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lemambang Iborang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian.Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
duman, *dungan* Ibkata yang mengiringi kata ikan (rima untuk ikan dalam teks/nyanyian klasik ikan).Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang."JubangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas