Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu yg berharga yg diikat pd cincin dan perhiasan-perhiasan lain (intan, berlian, nilam, dll); ~ dibalas dgn senjata prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ lekat di pangkur prb tidak kena pd tempatnya (orang, perbuatan, dll); bagai menjaga ~ intan semasa dicanai prb kasih yg amat sangat (suami terhadap isteri dll); spt cincin dgn ~ prb a) bersetujuan dlm segala hal; b) berpadanan (sama-sama cantik dll); berpermata ada permatanya, diikat dgn (bertatahkan dsb) permata: rantai emas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ma.ta] | ڤرمات

Definisi : batu berharga spt intan, berlian yg biasanya dijadikan perhiasan. berpermata ada permatanya: cincin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permata (kata nama)
1. Bersinonim dengan batu permata: manikam, jauhar,

2. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan akik, berlian, delima, firus, intan, jed, mutiara, nilakandi, nilam, paret, ratna, topaz, turkois, zamrud.,


Puisi
 

Teluk Jong permata wangsa,
     Dulu tiga Teluk Belati;
Dipatuk tedung haram tak bisa,
     Dijeling janda rasa nak mati.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Permata dibalas dengan senjata.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
dapun MBrsejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna.Perhiasan di bahagian dada ialah dapun, iaitu sejenis kalong yang diperbuat daripada perak dan emas - juga dihiasi dengan batu-batu permata yang juga terdiri dari berbagai warna.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
keromong Ibsejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan.Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan ‘keromong’, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda.Novel Kumang BertelurGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas